Ruhainies tanya produk baiki rambut kejung, tak cari bedak nyonya
Pelakon sensasi, Ruhainies tanya produk baiki rambut kejung dan gugur kepada para pengikutnya di Instagram serta meminta mereka untuk memberi cadangan tentang jenama yang bersesuaian untuk masalah terbabit.
“Hi anyone can suggest hair products yang bagus untuk repair rambut ‘kejung’ or rambut gugur tak? SERIUS BUYER” tulisnya.
Ruhainies tanya produk baiki rambut, ada balas guna ‘kod rahsia’
Posting yang dibuat pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31 itu telah menarik perhatian ramai apabila beberapa balasan daripada Insta Story itu mencadangkan nama produk berserta ‘kod rahsia’ yang tular dipercayai digunakan oleh pelakon itu sewaktu berbalas mesej dengan seorang aktor terkenal.
Ruhainies tanya produk baiki rambut, bukan cari produk bendak nyonya tau!
Ruhainies juga menjawab bahawa dia mencari produk rambut dan bukannya bedak apabila ada yang mencadangkan supaya dia menaip ‘bedak cina’ atau ‘bedak nyonya’ bagi mendapatkan jenama yang dikehendaki.
“Type je “bedak cine” or “bedak nyonya”…eh silap, U tanya produk untuk rambut rupanya. L U” seloroh netizen.
Artikel lain: Video usik Ruhainies penyondol kembali tular, Janna Nick dah lama bagi ‘hint’?
Cakap pasal Sarah Yasmine ke?
Walau bagaimanapun, tidak lama selepas perkongsian-perkongsian tersebut, seorang lagi kekasih gelap aktor kelahiran Singapura telah berkongsi satu hantaran di Insta Story seakan membidas kembali posting yang dibuat Ruhainies.
Sarah Yasmine menerusi Insta Story miliknya mengatakan rambut kejung boleh dirawat tetapi perbuatan yang dilakukan tak boleh diubah semua lebih-lebih lagi perkara memalukan.
“Rambut kejung boleh buat treatment terus dah ok lepastu, perbuatan awak tu boleh reset rewind semua tak? Tambah tak tahu malu aja saya nampak,” tulisnya.
Bersyukur tak pernah meminta-minta duit
Dalam pada itu, Sarah juga mengakui bersyukur kerana tidak pernah mempunyai sugar daddy kerana setiap kerja yang dilakukan adalah usahanya snediri tanpa meminta-minta daripada sesiapa termasuklah teman lelaki.
“….Alhamdulillah aja saya tidak pernah ada bapak gula, duit semua duit hasil dari kerja keras tersendiri dan saya tak pernah meminta duit dari boyfriend,” ujarnya lagi.
Pernah jelaskan tentang rambut
Terdahulu, Sarah Yasmine ada menjelaskan berkenaan penampilannya yang menjadi perlian netizen di media sosial. Ujarnya, dia tidak kisah dengan mulut sesiapa termasuklah memaklumkan bahawa rambutnya mengalami kerosakan disebabkan beberapa hal antaranya kerana sering mewarnakan rambut.
Jadi, dia mengambil keputusan memotongnya sendiri dan terlihat seperti ‘kejung’.
Semalam, video temu bual Ruhainies yang mengatakan mahu berdamai serta mengakui kesilapannya telah menjadi perhatian ramai selepas lama mendiamkan diri.
Dia bersungguh-sungguh memohon maaf terhadap Bella Astillah dan berharap segala permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan kerana mahu kembali gembira.
Sumber: Instagram ruhainies7
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source