Video usik Ruhainies penyondol kembali tular, Janna Nick dah lama bagi ‘hint’?
Video lama pelakon Janna Nick yang mengusik aktres Ruhainies penyondol kembali tular di media sosial pada ketika isu curangnya bersama Aliff Aziz sedang hangat diperkatakan.
Menerusi beberapa perkongsian di TikTok, @kasyafbedumb telah memuat naik dua rakaman memaparkan potongan video daripada program realiti, Famili Duo 3 (2023).
Video usik Ruhainies penyondol kembali tular
@kasyafbedumb Replying to @eiraaamok she’s so me 😜 #pov #ruhainies #alifaziz
Video berkenaan memaparkan Janna, yang merupakan salah seorang daripada hos kepada program itu mengusik Ruhainies yang hadir bagi mempromosikan produk penaja rancangan tersebut.
“Kita bersama dengan Ruhainies. Nak tanya la Ruhainies, datang ni nak sokong siapa? Ada niat nak menyondol siapa-siapa ke?” kata Janna.
Malah, Janna turut mengusik Ruhainies datang ke program itu bersama kekasih gelapnya ke program itu susulan aktres berusia 32 itu duduk bersebelahan dengan seorang lelaki.
“Ini skandal Ruhainies ke?” usik Janna.
Dalam video itu juga, Janna juga sempat memuji kecantikan Ruhainies selepas aktres itu bertanyakan kepadanya tentang perubahan kulit wajahnya.
Artikel lain: Didi Astillah hilang sabar, geram lihat Ruhainies buat muka sedih waktu ‘interview’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘mengagumi’ Janna mendakwa kononnya dia sudah lama tahu mengenai perkara tersebut dengan memberikan ‘hint’.
Janna dari masa depan
Setepek dia bagi, panggil Ruhainies penyondol
Janna dah lama bagi ‘hint’ Ruhainies penyondol
Dorang dah lama rancang, kita je lalai
Diperli bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali
Dalam pada itu, ada juga warga maya yang berkata Janna membuat komen berkenaan kerana mahu membalas dendam kepada Ruhainies kerana pergaduhan mereka dahulu.
Dorang pernah kan gaduh dulu
Patutlah perli dulu
Dah lama simpan tu
Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang menyatakan Janna kelihatan menolak bahu Ruhainies dengan sengaja seakan-akan mahu memberitahu dia mengetahui sesuatu.
Cara tolak dia tu, sesuatu
Dia tolak Ruhainies
Macam tu je dia tolak
Terdahulu, kedua-dua aktres ini pernah bertelingkah selepas Ruhainies mendakwa Janna menghasut pengarah, Micheal Ang untuk tidak mengambilnya untuk berlakon.
Namun begitu, dakwaan itu dinafikan Janna, serta Micheal yang berkata dia tidak mengambilnya sebagai pelakon kerana nama Ruhainies hanyalah sebagai pengganti kepada pelakon Natasha Elyzza.
Janna bagi ‘hint’ Ruhainies penyondol?
Oleh kerana masalah jadual Natasha berjaya diselesaikan, Ruhainies tidak diambil untuk menjadi pelakon dalam filem pertama Micheal.
Baru-baru ini, Ruhainies ditangkap basah dengan aktor Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah namun menafikan mereka mempunyai sebarang hubungan selain daripada berkawan.
Tidak lama kemudian, isteri Aliff iaitu Bella Astillah telah memfailkan cerai terhadapnya namun aktor itu enggan melafazkan cerai atas alasan masih menyayangi Bella.
Kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine pula tampil memberikan bukti hubungan cinta antara Aliff dan Ruhainies yang mana dia telah memuat naik perbualan antara pelakon itu di media sosial.
Selepas tular perbualan itu, Ruhainies telah membuat permohonan maaf kepada Bella dan Sarah namun kekasih gelap Aliff tidak mahu menerima permohonan maaf itu, manakala Bella pula masih berdiam diri.
Sumber: TikTok @kasyafbedumb
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source