Mentaliti Johan Ghazali Jadi Aset Terpenting, Tidak Semua Atlet Ada – “Nama Saya Sendiri Bermaksud Johan..”
Setelah bercuti sebentar untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar tidak menunggu lama sebelum kembali menyiapkan diri sebelum melangkah masuk ke dalam gelanggang ONE Championship.
Johan kin sedang giat melakukan persiapan untuk berdepan pertarungan pertamanya dalam ONE Championship pada 7 Jun hadapan.
Membuka tirai saingan pada musim ini juga bukanlah calang-calang nama. Johan dijadualkan membuat perhitungan dengan juaran WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat di Impact Arena dekat Bangkok, Thailand dalam pertarungan ONE 167: Stamp vs. Zamboanga.
ARTIKEL BERKAITAN: Rangkul Gelaran ‘Breakout Star Of The Year’! Ini Fakta Menarik Johan “Jojo” Ghazali, Petinju Negara Berusia 17 Tahun – REMAJA
Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Johan mengimbas semula momen di mana dirinya menjanjikan lebih banyak kejayaan akan diperolehi tidak lama lagi. Hasil usaha keras atlet berusia 18 tahun itu, tidak mustahil dia akan pergi lebih jauh lagi selepas tamat berhari raya bersama ahli keluarganya di Kuching Sarawak, tempoh hari.
“Nama saya ialah Johan dan dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud juara. Jadi, saya akan selalu memasang misi untuk membuktikan semangat saya dan nama saya itu selari. Dan percayalah, saya akan menjadi johan ONE Championship dan johan Muay Thai termuda dalam sejarah. InsyaAllah. InsyaAllah.
*
Johan juga beranggapan perlawanan ‘comeback’ nya Jun ini sebagai perlawanan paling mencabar sejak dia memasuki ONE Championship.
Tambahan pula, Nguyen mempunyai pengalaman yang luas dalam ONE Championship dan sudah berlawan nama-nama besar selain mempunyai rekod yang baik terutamanya dari aspek pergerakan laju serta tendangan kepala.
Namun itu tidak sesekali merobek kepercayaan Johan untuk sekali kembali mengharumkan namanya dan nama negara.
Sebagai info, Johan terpaksa melupakan sebentar aksi di ONE Championship selepas kejayaan terakhirnya pada 8 Disember lalu dengan menumbangkan juara WBC dari Mexico, Edgar Tabares dalam tempoh 36 saat saja dengan kemenangan ‘knockout’ (KO).
Ini kerana Johan peerlu memberi tumpuan seketika kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru sahaja berakhir, awal bulan Mac lalu.
BACA LAGI: Atlet Muay Thai 16 Tahun Dari Sarawak Tumbangkan Peserta Thailand Hanya 16 Saat! – REMAJA
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia turut berkongsi semangan sama yang dipahat oleh Johan dan mendoakan kejayaannya di masa hadapan.
“Inilah semangat LELAKI SEBENAR yang harus dipupuk dalam generasi muda. Bukannya berjoget-joget di TikTok.” – @dirtyghetto.kay
“Sudah tentu anda akan berjaya Johan! Permata bersinar negara.” – @jaizarul
“Anda sudahpun merupakan johan di mata masyarakat.” – @kabilanjelevan
“Mindset itu sudahpun membuatkan anda seorang johan, Johan!” – @syafizalomar
Adakah Bintang Muda Paling Menyerlah 2023 ONE Championship ini akan mengekalkan momentumnya sejak tahun lalu? Sama-sama kita saksikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source