Kemelut perhubungan bersegi-segi melibatkan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah kian memuncak apabila ramai nama-nama popular sama ada dari industri seni mahupun industri-industri yang berkerja rapat dengan mereka turut terpalit dalam kisah yang sama.
Biarpun mereka tiada kena-mengena dengan drama rumah tangga pasangan itu, pendedahan sensasi yang dilakukan oleh Sarah Yasmine iaitu salah seorang skandal yang pernah menjalin hubungan gelap bersama Aliff Aziz secara tidak sengaja turut menyebabkan nama mereka dipetik dengan semena-mena.
Ini berikutan foto-foto perbualan WhatsApp antara Aliff dan orang ketiga dalam perhubungan mereka, Ruhainies yang disebarkan oleh Sarah sepanjang minggu lalu.
Salah satu nama yang dipetik netizen daripada perbualan WhatsApp tersebut ialah jenama fesyen, Fiziwoo yang diterajui oleh Hafizi Radzi Woo dan Izree Kai Haffiz. Berdasarkan perbualan itu, Aliff dan Ruhainies masing-masing telah mendapatkan persalinan lebaran mereka daripada koleksi Riviera Raya 2024 yang diperkenalkan jenama itu sementelah Ruhainies sendiri merupakan muse buat musim kali ini.
Pendedahan Sarah menerusi Instagram Story itu kemudian dimuat naik semula oleh Bella di akaun Instagram-nya dengan kapsyen, “Siapkan baju raya,” berserta emoji tanda sedih.
Justeru, bala tentera media sosial yang menyebelahi pihak Bella dalam kemelut ini terus menyerang akaun Fiziwoo yang didakwa berada di pihak Ruhainies dan Aliff kerana menyediakan persalinan lebaran buat mereka berdua.
Enggan terus-menerus menjadi mangsa keadaan yang tersepit di tengah-tengah ‘drama’ tersebut, Fizi menjelaskan keadaan sebenar dari perspektif seorang pereka fesyen yang bekerjasama dengan para klien yang kadangkala terdiri daripada kalangan selebriti tempatan.
“Here we go again, tak habis-habis.. Bosan,” catat Fizi yang sedari awal sudahpun menjadi sasaran netizen setelah skandal itu terbongkar hanya selang dua hari selepas pertunjukan fesyen Fiziwoo Riveira Raya 2024, Mac lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Video Ini Dirakam Bulan Disember..” Dek Pilih Ruhainies Sebagai ‘Muse’, Fiziwoo Terpaksa Keluar ‘Disclaimer’ – REMAJA
Tidak cukup sekadar drama yang tercetus itu, netizen pula seakan menambah minyak ke bara api apabila melontarkan tohmahan tidak berasas dengan kata-kata kesat sehinggakan ia bukan sahaja mengguris perasaan pereka duo Fiziwoo itu tetapi juga memberi kesan kepada perniagaan mereka.
“Malas nak layan sebenarnya DM macam ini. Tapi bila fakta yang diputar belit dan menjadi fitnah, saya akan bantu anda untuk mengecapi populariti dan tumpuan, okay?” katanya sebelum mendedahkan netizen bernama @casrtk itu yang padanya sudah melampau batas adab di media sosial.
“(Fokus) kami sebagai usahawan dan pereka fesyen adalah untuk mengenengahkan kreativiti kami menerusi ciptaan rekaan dan produk yang cantik.
“Klien kami datang daripada pelbagai latar belakang. Ada yang bini pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Kalau mereka datang untuk mendapatkan produk kami, kami sangatlah berbesar hati untuk meraikan semua pihak kerana bukan hal saya untuk menyebelahi mana-mana pihak atau menyibuk hal rumah tangga orang.
“Bagi kami, kerja adalah kerja. Hal peribadi adalah hal peribadi. Jadi jangan memaksa saya untuk menyertai anda menyebarkan kebencian.
“Saya tiada masa untuk negativiti anda dan saya mempunyai senarai klien dan pembeli yang panjang yang selalu menyokong kami. Merekalah keutamaan saya dan saya akan kerah masa serta tenaga untuk mereka. Bukannya anda.
“Segala bentuk ugutan, provokasi dan seangkatan dengannya kita sudah serahkan kepada pihak perundangan dan akan dibawa ke pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Jadi kepada sesiapa yang terlebih-lebih emosi bolehlah tahan dulu, kawal dulu. Kita hidup dalam kalangan masyarakat yang beradab, oleh itu jadilah beradab,” ulas Fizi.
Tambahnya lagi, generasi media sosial kini ibarat tidak mengerti peradaban, ‘ada beras, taruh dalam padi’. Segala-galanya ingin diceritakan di media sosial demi menegakkan benang yang basah tanpa mereka menyedari implikasi perbuatan mereka itu ke atas individu lain yang tidak mempunyai kaitan dalam isu yang cuma mereka bangkitkan.
“Inilah yang kami panggil kesan berantaian (chain effect) terhadap beberapa figura yang terlalu obses meluahkan emosi kepada orang ramai. Saya percaya yang beberapa perkara perlu ditangani secara tertutup.
“Kasihan ramai orang yang tiada kena-mengena pun akan turut sama ditarik ke kancah (kontroversi) dan ia memberi kesan kepada emosi dan fizikal semua orang,” simpulnya.
Terdahulu pada minggu lepas, individu bernama Sarah Yasmine telah mengejutkan industri seni hiburan Malaysia apabila membongkarkan satu-persatu perbualan WhatsApp di antaranya dengan beberapa selebriti tanah air yang didakwanya berbohong di hadapan khalayak. Antaranya termasuklah Aliff Aziz, Ruhainies, Sarah Albarakbah dan Meerqeen.
Hasilnya, jumlah pengikut Sarah Yasmine meningkat secara mendadak apabila netizen setia menantikan ‘bombshell’ terbaru yang akan didedahkannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah ‘Followers’ Sarah Yasmine Meningkat 5125% Selepas Pendedahan Tergempar Di Instagram – REMAJA
BACA LAGI: Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka, Mahu Bersemuka Dengan Bella & Sarah – REMAJA
LAGI: Sarah Yasmine Enggan Terima Permohonan Maaf, Ajakan Berjumpa Ruhainies – REMAJA
Sebaik, jadilah seperti sepupu Bella Astillah yang juga penyanyi, Wani Kayrie yang enggan masuk campur dalam perihal rumah tangga orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: “Biarlah Orang Rapat Saja Yang Tahu..” Wani Kayrie Hormati Privasi Sepupunya, Bella Astillah – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source