Macam Mana Nintendo Bangkit Dua Kali Daripada Kegagalan?
Semalam saya dah cerita macam mana Ken Kutaragi cipta sebuah konsol yang mencetuskan fenomena bernama PlayStation. Namun cerita semalam dari “POV” Kutaragi, bagaimana pula dari “POV” Nintendo?
Nintendo pernah bangkit bukan sekali tetapi dua kali dari ambang kegagalan. Nintendo belajar daripada kesilapan lalu dan memfokuskan pada kelebihannya, iaitu memberi rasa seronok kepada peminat mereka.
Nintendo asalnya merupakan sebuah syarikat yang keluarkan permainan kad yang ditubuhkan pada 1889 oleh Fusajiro Yamauchi.
Pada 1963, Nintendo mula membangunkan permainan elektronik termasuk mesin arked dan permainan video konsol. Pasaran Nintendo meluas keluar dari Kepulauan Jepun setelah melancarkan Gameboy pada 1980.
Pada 1984, Nintendo temui kemuncak kejayaannya apabila mengeluarkan Famicom di Jepun. Konsol ni kemudiannya dilancarkan di seluruh dunia dengan nama Nintendo Entertainment System (NES).
NES mencipta fenomena dengan menjual 61 juta unit di seluruh dunia. Mana taknya, NES dibarisi game-game legend yang pasti ramai orang tahu sampai sekarang seperti Super Mario Bros dan The Legend of Zelda.
Lebih banyak konsol Nintendo muncul pada era 90-an seperti SNES, Nintendo 64, Game Boy dan Game Boy Color.
Saingan terawal Nintendo sebenarnya datang dari Sega bersama Sega Genesis. Sega Genesis berjaya menjual 29 juta unit konsol sementara SNES masih gah dengan jualan 49 juta unit.
Makin lama, makin banyak syarikat yang cuba masuk industri dengan konsol mereka sendiri. Sebenarnya apabila lebih banyak saingan muncul, Nintendo dah mula ketinggalan.
Nintendo cuba bekerjasama sama Sony untuk menghasilkan Nintendo PlayStation. Tapi disebalik tabir, semuanya tunggang langgang. Nintendo takut Sony akan caras projek Nintendo PlayStation ni.
Nintendo tikam belakang Sony dulu dengan gugurkan Sony dalam projek ni. Nintendo bekerjasama pula dengan Phillip. Dan seperti yang kita tahu, Sony balas dendam dengan cipta PlayStation dengan tangan mereka sendiri.
Industri permainan video sedang bergerak ke arah baharu. Jadi, apa yang Nintendo buat? Nintendo mengabaikannya dan ia membawa padah bagi Nintendo.
Sampailah Nintendo jadi sangat terdesak, Nintendo keluarkan Nintendo Wii yang tiba-tiba jualan mereka mencanak sehingga 101 juta unit menjadikan ianya bilangan tertinggi mana-mana konsol Nintendo yang dijual pada ketika itu.
Inilah kebangkitan yang diharapkan oleh Nintendo. Dengan harga yang murah, pemain-pemain dapat “motion control” yang turut cuba ditiru oleh saingannya melalui PlayStation Move dan Xbox Kinect tetapi tak berjaya.
Malangnya, semua itu hanyalah illusi semata-mata.
Wii U yang diharapkan menunggang kejayaan Nintendo Wii kecundang jua akhirnya. Hanya 13 juta unit sahaja terjual sepanjang hayatnya menjadikan Wii U sebagai konsol dengan jumlah jualan paling sedikit daripada mana-mana konsol Nintendo.
Banyak sebenarnya kelemahan Nintendo yang perlu diambil kira. Antaranya, kurang sokongan pihak ketiga dan banyak melancarkan game-game kepunyaan mereka sahaja seperti Mario, Zelda, Donkey Kong, Metroid dan Pokemon. Lama-lama orang jadi bosan.
Ni belum lagi cerita kes Nintendo saman je semua orang atas alasan lisensi. Nintendo sangat memerlukan sesuatu untuk kembalikan semula era kegemilangan mereka.
2017 menjadi tahun Nintendo mengeluarkan konsol terbarunya: Nintendo Switch. Nintendo belajar daripada kegagalan Wii U dan berikan apa yang peminat mereka mahukan.
Dengan teknologi yang dilihat unik, kadang-kadang boleh main kat TV, kadang-kadang boleh pegang macam PSP, Nintendo Switch berjaya menjadi konsol terlaris yang pernah dihasilkan oleh Nintendo dengan lebih daripada 111 juta unit terjual.
Nintendo pun minta ampun dekat rakan-rakan lamanya untuk bekerjasama semula dengan Nintendo. Antaranya, Nintendo memperbaiki hubungan mereka dengan Squaresoft (kini dipanggil Square Enix).
Nintendo dah buat yang terbaik untuk ubah syarikat serta tak biarkan masalah berlarutan.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source