Warner Music Malaysia laksana inisiatif baru dan pelan strategik dengan pendekatan holistik bagi mengkomersialkan muzik Malaysia dengan lebih berkesan dan mampan.
Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Dinesh Ratman berkata kita telah menyaksikan ramai bakat yang dilahirkan dan berpotensi tinggi di Malaysia.
Warner Music Malaysia laksana inisiatif baru
“Kejayaan yang diraih artis kami di peringkat tempatan dan serantau menerusi platform penstriman muzik membuktikan bahawa terdapatnya permintaan untuk bakat tempatan kita di luar negara.
“Artis Malaysia sangat berbakat, dan tiadanya alasan yang mengelakkan kita daripada meraih pencapaian lebih besar di arena muzik serantau, malah di peringkat global.
“Dengan memupuk ekosistem yang berkembang maju, matlamat kami adalah untuk melonjakkan industri muzik tempatan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa penganjuran Rumah Terbuka Raya ‘Raikan Raya Bersama Warner Music’ 2024 pada Selasa.
Penganjuran Rumah Terbuka Raya ini dijalankan dengan kerjasama Aloft Kuala Lumpur Sentral sebagai penaja tempat rasmi dan menyantuni 25 kanak-kanak dari rumah anak yatim, Rumah Titian Kasih.
Artikel lain: Lelaki bantu baiki motor pelanggan sebelum sambut ‘birthday’ anak raih pujian ramai
Dalam pada itu, Dinesh juga berkata pihaknya akan terus membuka ruang dan mengkomersialkan bakat artis di bawah syarikatnya sekaligus menyokong keaslian karya mereka.
“Ia juga akan merangkumi inisiatif kami untuk membawa karya luar biasa ini supaya dapat menyentuh hati khalayak pendengar serantau dan global, mengenal pasti dan mewujudkan peluang baru untuk memperkasakan artis kita serta memperluaskan jangkauan mereka.
“Pada dasarnya, visi Warner Music Malaysia adalah untuk membina landskap yang dinamik dan terus mekar di mana kreativiti dapat dikembangkan, muzik yang hebat bergema dan artis kami bukan sahaja kekal bertahan tetapi terus berkembang maju,” ujarnya.
Sementara itu, Warner Music Malaysia turut mengumumkan pencapaian artis-artis di bawahnya seperti Kugiran Masdp yang mengambil tempat #1 untuk Artis Tempatan Terbaik tahun ini sementara Luqman Podolski berada di tempat #3.
Selain itu, ‘SAH’ nyanyia Sarah Suhairi dan Alfie Zumi juga mencatat kejayaan berterusan selepas menduduki #1 dalam Carta RIM Malaysia pada bulan Mac dan mendapai sebanyak 1.8 bilion tontonan di TikTok.
Pada masa yang sama, Warner Music Malaysia juga berjaya mencipta kejayaan baharu menerusi Kugiran Masdo, yang mana kumpulan ini berjaya mengungguli carta tertinggi Spotify Indonesia.
Menerusi kejayaan ini, Warner Music Malaysia berhasrat untuk mempromosikan artis Malaysia di peringkat antarabangsa, selain mewujudkan kerjasama unik dengan rakan serantau serta global.
Syarikat rakaman ini juga sedang giat melaksanakan inisiatif bagi mewujudkan pengalaman berpaksikan peminat dalam usaha memupuk hubungan lebih kukuh dengan artis dan peminat.
Ini termasuk platform baharu yang diumumkan baru-baru ini yang direka untuk merapatkan jurang antara artis dan penyokong fanatik mereka.
“Dengan mewujudkan kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam ekosistem muzik live, kami menyasarkan untuk menawarkan sokongan strategik.
“Ini bagi menarik bakat antarabangsa berprestasi supaya mempersembahkan konsert di Malaysia, seterusnya dapat meningkatkan reputasi negara sebagai hab untuk pengalaman muzik live yang tidak akan dilupakan,” kata Dinesh.
Dalam pada itu, Warner Music Malaysia menjamin prospek masa depan yang positif bagi muzik Malaysia dan peminat boleh menjangkakan album baharu daripada artis utama seperti Bunga dan Masdo.
Selain itu, terdapat juga kerjasama rentas sempadan berterusan seperti lagu terbaharu daripada Luqman Podolski x Eclat Story berjudul ‘Menanti’.
Tidak dilupakan, lagu yang bakal disiarkan tidak lama lagi iaitu kolaborasi Amsyar Leee x Fadhilah Intan serta beberapa lagi yang sedang dalam pembikinan.
Warner Music Indonesia juga telah melancarkan lawatan muzik sekolah menengah disertai artis Warner Music Malaysia yang akan membuka peluang besar kepada muzik Malaysia untuk terus bertapak teguh di pasaran Indonesia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source