Dzulkefly Ahmad didakwa beri ‘gula-gula’ pilihan raya, Wan Fayhsal gesa SPR jalankan siasatan
Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal gesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad didakwa memberi sampul kepada pengundi di Kuala Kubu Baharu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Wan Fayhsal menerusi sebuah sidang media yang terkejut terdapat gambar Dzulkefly Ahmad pada sampul berwarna merah hati.
Dzulkefly Ahmad didakwa
Artikel lain: “Semua dah tercemar” – Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mengaku buang beras
“Kami terkejut dengan gambar Dzulkefly mengedar sampul. Saya tidak pasti apa dalam sampul tersebut, tetapi diedarkan di Kuala Kubu Baharu.
“Saya minta SPR siasat apa ‘gula-gula’ ditawarkan oleh menteri-menteri Madani ini setiap kali mereka turun berkempen di Kuala Kubu Baharu,” katanya.
Bagaimanapun, menurut laporan Free Malaysia Today, sumber menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan Dzulkefly Ahmad hanya secara rasmi memberi duit raya di hospital sebelum hari penamaan calon pada 27 April lalu.
“Dzulkefly memberi sampul duit raya kepada staf Hospital Ampang pada 10 April dan staf Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 April, dan kepada beberapa individu lain ketika lawatan beliau.
“Beliau juga melawat Pusat Darah Negara pada 24 April dan Hospital Kuala Kubu Baharu serta HKL sekali lagi pada 26 April,” katanya.
Tegas sumber itu lagi, tiada rasuah pilihan raya yang berlaku dan beranggapan dakwaan yang dilemparkan berunsurkan niat jahat yang dimainkan oleh pihak pembangkang.
“Dzulkefly juga tidak mengumumkan projek baru atau naik taraf mana-mana kemudahan kesihatan. Beliau ada menyentuh mengenai satu blok baru yang akan dibina tetapi ia sudah ada dalam Bajet 2024 yang diluluskan Parlimen pada Disember 2023.
“Jadi, tiada rasuah pilihan raya. Ini adalah tuduhan berniat jahat kerana pembangkang tiada isu untuk dimainkan (dalam PRK),” katanya.
Sekadar info, hari mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu ditetapkan pada 11 Mei ini.
Sumber: Facebook @Pemuda Perikatan Nasional, FMT (Mikha Chan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source