Hannah Delisha Harap Watak Batrisya Dalam ‘Lelaki Itu’ Timbulkan Rasa Empati Penonton
Drama Lelaki Itu yang baharu menutup tirai dengan episod terakhirnya yang disiarkan pada 29 April lalu nyata berjaya mewujudkan fenomenanya yang tersendiri.
Dengan menampilkan barisan pelakon bergred A, Lelaki Itu mula mencuri tumpuan penonton sejak ia mula ditayangkan 19 Mac lalu menerusi slot Samarinda di TV3 kerana lakonan setiap karakter yang begitu berkesan oleh setiap seorang yang terlibat.
Biarpun penerbitnya, Erma Fatima mendedahkan syarikat produksinya, Rumah Karya Citra mengalami kerugian menerusi drama ini kerana terpaksa menanggung bayaran setiap pelakon yang mempunyai rating tinggi itu, namun jauh di sudut hati beliau tetap teruja melihat lakonan yang ditampilkan mereka.
Salah satu pemain drama yang memberikan komitmen terbaik bagi menghayati wataknya dalam Lelaki Itu adalah Hannah Delisha.
Sentimen sama turut dirasai oleh pelakon dari Singapura itu apabila karakter Batrisya yang dijayakan dalam drama Lelaki Itu bagi begitu memberikan kesan mendalam apabila dirinya mengenangkan masyarakat pada zaman ini yang tidak begitu celik dengan isu penyakit mental.
Memetik catatannya di Instagram baru-baru ini, Hannah berjarap agar karya Lelaki Itu dapat mengajak penontonnya untuk memiliki sifat empati terhadap mereka yang berdepan implikasi penyakit mental ataupun depresi selepas didiagnos secara klinikal.
“Masyarakat kita cenderung untuk memalukan, mengejek atau mengabaikan mereka yang mempunyai penyakit mental.
“Saya berharap melalui karya Erma Fatima ini, watak Batrisya dapat mendidik jika tidak semua; sekurang-kurangnya sebahagian daripada penonton Lelaki Itu bahawa penyakit mental, postpartum depression (clinical depression) tidak boleh dipandang ringan atau diabaikan seorang diri,” kata isteri kepada Iman Shah ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Akan Jadi Bunga Dahlia, Sebab Imam Kata Sama Bulatnya,” – Hannah Delisha – REMAJA
Hannah sendiri yang pernah berdepan khabar duka keguguran anak pertama yang amat dinanti-nantikan hampir tiga tahun selepas mendirikan rumah tangga juga tentunya pernah berdepan kesedihan emosi yang tidak pernah beliau kongsikan sehinggalah dirinya benar-benar sudah bersedia pada bulan Mac lalu.
BACA LAGI: “Saya Pun Ada Masalah Peribadi..” Hannah Delisha Buka Mulut – REMAJA
Sedikit sebanyak, watak Batrisya yang dibawakan dalam Lelaki Itu dapat dihayatinya dalam bab menyampaikan emosi yang tertanam di sudut hati seorang wanita yang berdepan kesedihan melampau.
“Ingatlah, ada orang di luar sana mungkin di kalangan kita yang menderita dalam diam. Hadirkanlah rasa empati terhadap mereka,” simpulnya.
Selain Hannah, Lelaki Itu turut dibintangi pelakon handalan lain seperti Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nur Fazura, Nabila Huda, Aedy Ashraf, Nadia Brian dan Sophia Albarakbah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source