Kenapa Ramai Orang Kelantan Ada Gelaran Nik, Wan dan Che?
Betapa uniknya Kelantan ni sebab kita boleh kenal seseorang tu berasal dari Kelantan hanya pada nama sahaja!
Anda semua mesti ada “saing” yang ada gelaran Nik, Wan dan Che yang berasal dari Kelantan.
Bukan setakat Nik, Wan dan Che je, ada lagi gelaran lain seperti Long, Tengku, Tuan yang turut berkait dengan warisan orang Kelantan. Sebenarnya, dari mana gelaran ni datang?
Gelaran-gelaran ini sebenarnya memiliki hubungan sangat dekat dengan keturunan kerabat Diraja Kelantan. Jawatan para pembesar istana terutamanya di Kedah, Patani, Kelantan dan Terengganu kebiasaannya diwarisi satu keturunan seperti keturunan Wan.
Manakala, kerabat-kerabat Diraja mewarisi gelaran Raja, Nik, Che, Cik, Ku, Long, Neng, Tuan dan Puan di pantai timur.
Dalam masyarakat tradisional Kelantan, nama gelaran Nik sebenarnya melambangkan status sosial tinggi dalam masyarakat. Tengku berada di kedudukan teratas, diikuti Nik dan gelaran Nik adalah unik bagi Kelantan sahaja.
Orang Melayu yang bernama gelaran Nik ni ada kemungkinan 99.9% boleh dikesan susur galur mereka dari negeri Kelantan, walaupun bukan menetap atau dilahirkan di Kelantan.
Nama Nik wujud setelah mana kerabat raja lelaki berkahwin dengan bukan kerabat. Maka anak akan diletakan nama Nik, tidak kira walaupun ayah bergelar raja, tengku atau tuan.
Nik ni banyak digunakan kerana ketiga-tiga cabang keturunan keluarga diraja Kelantan tak kira Raja Jembal, Long Jaafar atau Long Yunus memang gunakan nama Nik bila sebelah perempuan berkahwin dengan orang luar.
Dari keturunan Abul Muzaffar Waliyullah lahirnya jalur pemerintah Kesultanan Kelantan hingga pada hari ini. Beliau juga adalah individu yang menggunakan gelar “Nik” pada keturunannya.
Carta Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait menyatakan bahawa dari Abul Muzaffar Waliyullah lahir dua orang zuriat yang besar peranannya dalam Kerajaan Patani, Kerajaan Champa dan Kedatuan di Kelantan, yang dimaksudkan adalah Nik Jamaluddin dan Nik Mustafa.
Nik Jamaluddin dilantik sebagai Datu Kelantan manakala Nik Mustafa dilantik sebagai Datu Jambu di Patani.
Sewaktu menjadi Datu Jambu, Nik Mustafa kumpul bala tentera dari Pattani dan Kelantan yang dibantu oleh anak saudaranya Sultan Adiluddin (Raja Loyor) yang waktu itu jadi Raja Kelantan.
Zuriat daripada Nik Jamaluddin membentuk Kerajaan Jembal, manakala Zuriat daripada Nik Musatafa telah membentuk keturunan Raja Champa. Kedua-dua keturunan ini akhirnya bersatu ketika Raja Pah berkahwin dengan Long Bahar dan seterusnya menurunkan Kesultanan Kelantan yang ada pada hari ini serta keturunan yang menggunakan gelaran Nik.
Dalam penulisan saya mengenai Wangsa Wan sebelum ini, kajian terawal pada tahun 1940 menyatakan keturunan Wan ni berasal dari bangsawan Kesultanan Kelantan.
Keturunan Wan amat rapat dengan sejarah Kemboja dan Vietnam yang merupakan bekas wilayah kerajaan beraja Melayu Indo-China seperti Funan, Chenla dan Champa yang diasaskan oleh Wangsa Warman.
Wangsa Warman juga memerintah sebuah kerajaan persekutuan Melayu kuno Langkasuka sejak 200M dan dibangunkan semula semasa pemerintahan Raja Merong Mahawangsa pada 630M. Namun serangan Sriwijaya pada 683M mengakhiri persekutuan empayar tersebut.
Pengislaman Pattani pada abad ke-12 menyebabkan asimilasi melalui perkahwinan di antara keturunan para pendakwah Islam dengan bangsawan Warman tempatan yang akhirnya melahirkan generasi baharu bangsawan bergelar Wan.
Golongan ni kemudiannya terbahagi kepada dua kelompok iaitu seseorang memiliki nama pangkal Che Wan yang berhak menjadi raja pemerintah manakala seseorang yang bergelar Wan yang terlupus hak tersebut dan menjadi golongan bangsawan yang berjawatan sehingga berakhirnya kesultanan Pattani.
Menurut kajian Professor Tan Chee Beng pada 1991, pangkal nama ‘Wan’ dan ‘Nie’ berasal dari China diwarisi sejak dinasti Ming (1368-1644) dari kaum Cina-Muslim berketurunan Hui Hui.
Kemudian mereka berasimilasi dengan masyarakat Melayu di negeri-negeri pantai timur dikenali sebagai Melayu-Yunan yang mewujudkan keturunan Wan dan Nik. Mungkin sebab ni jugak la orang-orang Kelantan come lote.
Selain itu ada juga pendapat menurut Wan Mohd Shaghir Abdullah yang menyatakan setiap ulama dan raja-raja Melayu memiliki hubungan darah dengan keturunan Ahlul Bait melahirkan pelbagai keturunan Melayu mengikut daerah dan negeri berbeza yang turut diberi gelaran Tengku, Tokku, Wan, Nik, Tuan, Che, Long, Sayyid dan sebagainya.
Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga.
Ada beberapa teori dari mana gelaran Che ini bermula antaranya ialah datang gelaran pahlawan dari Champa, datang dari keturunan Bugis di Terengganu, datang dari Keturunan Long Jaafar dan datang dari anak yang ibunya dari keturunan Wan tetapi bapanya orang biasa.
Gelaran Che pernah digunakan sebagai langkah keselamatan selepas legasi Long Jaafar cuba dimansuhkan suatu ketika dahulu.
Takut dengan ancaman yang mendatang kerabat ini membuang gelaran mereka dan hanya memakai gelaran Che pada waktu inilah gelaran Che dipakai dikalangan mualaf di Kelantan. Oleh sebab nama Che, pihak berkuasa di Kelantan suatu ketika dahulu menganggap mereka adalah mualaf dari Siam.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source