Disebabkan filem Sheriff yang cerita pasal polis korup tiba-tiba dapat sambutan hangat kebelakangan ni, saya nak ceritakan kes polis korup yang pernah hangat satu ketika dahulu di New York.
Disebabkan sekumpulan polis yang korup ini lah menyebabkan NYPD menguatkuasakan polisi anti-korupsi. Apa sebenarnya yang terjadi?
Tahun 1986, Brian O’Regan ambil nyawanya sendiri setelah 11 anggota pegawainya dari NYPD 77th Precinct ditahan atas tuduhan rasuah, curi serta pengedaran dadah dan senjata api haram.
Kita pergi 3 tahun sebelum kejadian ni berlaku, NYPD 77th Precinct sememangnya dah dikenali dengan polis-polis penyangak. Memang mereka ni dah selalu curi duit daripada mayat dan “mengepau” pengedar dadah.
Brian O’Regan, Henry Winter, dan William Gallagher adalah dalang disebalik kekacauan yang berlaku dalam NYPD 77th Precinct.
O’Regan dan Gallagher ni digandingkan bersama untuk bertugas syif tengah malam. Sebenarnya Gallagherlah yang menjadi “pembimbing” rakan sebaya kepada O’Regan untuk jadi korup.
Malam pertama O’Regan bertugas, Gallagher ajar O’Regan “pau” duit daripada pengedar dadah yang berkeliaran sebagai lesen untuk mereka menjalankan kegiatan mereka.
Henry Winter yang kemudiannya sertai pasukan 77th Precinct juga terjebak dalam kancah korupsi ni. Sampaikan satu tahap, Henry Winter siap dapat $800 daripada pengedar dadah setiap minggu asalkan polis tak kacau kerja mereka.
Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri (IAD) dapat laporan berkenaan kes korupsi ini. Tapi pejabat Pendakwa Raya tawarkan perjanjian kepada polis-polis yang terlibat ni berbanding tahan mereka terus.
Henry Winter dan rakan kerjanya Tony Magno perlu jadi “spy” untuk melaporkan kegiatan polis korup ni. Sepanjang hampir setahun, Winter dan Magno kumpulkan lebih 900 muka surat maklumat bernilai tentang pasukan polis mereka.
Tetapi semasa mereka bertugas sebagai “double agent” ni, khabar angin mula bertiup kencang tentang pengkhianatan mereka.
Kemudian, O’Regan tiba di balai dan diberitahu dia digantung kerja bersama 10 polis lain. Pada 5 November 1986, pegawai-pegawai itu diarah untuk serah diri. Semuanya serah diri kecuali O’Regan. Sehari sebelum perbicaraan, O’Regan ambil nyawanya sendiri.
Pada perbicaraan mahkamah, kesemua 12 pegawai mengaku tidak bersalah. Bagaimanapun, masing-masing didakwa atas semua pertuduhan termasuk curi dan pengedaran dadah.
Selepas kes mahkamah selesai, Henry Winter ikut jejak O’Regan untuk ambil nyawanya sendiri. Keluarganya anggap beliau buat macam tu sebab tekanan yang terlalu berat baginya.
Kes ni mendorong NYPD bertindak. Pesuruhjaya NYPD Benjamin Ward melancarkan pencegahan rasuah secara besar-besaran. Antaranya semua pegawai peronda akan digandingkan dengan orang berbeza setiap tahun.
Beliau juga umumkan pembentukan jawatankuasa yang terdiri daripada komander tertinggi NYPD untuk merangka lebih banyak cara mencegah rasuah, termasuk menyoal semua pengedar dadah tentang penglibatan polis. Dasar beliau masih digunakan hari ini.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source