Tiada orang ketiga, bekas suami Irma Hasmie akhirnya ‘buka mulut’
Bekas suami Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan menjelaskan, perceraian mereka adalah keputusan bersama selepas mengambil kira semua pandangan.
Menerusi temu bual bersama Harian Metro, Redza menjawab pelbagai spekulasi bertebaran bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.
Bekas suami Irma Hasmie akhirnya ‘buka mulut’
Foto: IG @redzasyahazmeer
Keputusan bercerai dibuat setelah perbincangan antara Redza dan Irma
“Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam ‘co-parenting’.
“Saya dan Irma sudah pun menjalani proses perceraian pada tahun lalu,” katanya.
Dia tahu mengenai keputusan kahwini Fiza – Bekas suami Irma Hasmie
Redza berkata, bekas isterinya turut diberitahu mengenai perkahwinan itu dan pernikahan dengan Fiza juga tidak mengambil masa yang lama dimana mereka sudah berbincang untuk menjalani kehidupan rumah tangga bersama.
“Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak.
“Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian.
“Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami. Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya,” ujarnya.
Foto: Insta @redzasyahazmeer
Bekas suami Irma Hasmie minta hormati privasi
Dalam pada itu, dia turut memohon orang ramai memberi ruang supaya menghormati privasi dan sensitiviti ahli keluarganya memandangkan isu ini masih baru berlaku.
Artikel lain: Suami kongsi gambar kahwin baru, status Irma Hasmie jadi tanda tanya
“Semoga kenyataan ini dapat menjelaskan status dan perkara yang sebenarnya.
“Sekali lagi saya dan keluarga sangat berterima kasih atas doa semua dan mengaminkan doa itu. Semoga Allah SWT merahmati dan meredai kehidupan kita semua, insya-Allah,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Redza dan Irma telah mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Redza Syed Irfhan serta Irma Nur Naylie.
Sebelum ini, media melaporkan perkahwinan pasangan itu sudah berakhir sejak enam bulan lalu selepas pengguna media sosial dikejutkan dengan perkahwinan baharu Redza.
Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source