Lahirkan generasi fasih digital, KPM mahu guru jauhari digital jadi pembimbing
Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI diangkat sebagai tema bagi Hari Guru 2024 bagi menyokong salah satu daripada Tujuh Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan berkata, tema ini bertepatan dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang diluncurkan Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek yang diumumkan pada 28 November 2023.
“Tema ini menekankan peranan guru sebagai agen perubahan yang menitikberatkan aspek manusiawi dalam kalangan generasi muda untuk melahirkan generasi fasih digital yang mempunyai pemikiran kritis.
“Selain itu, ia juga bagi melahirkan generasi muda yang menerapkan nilai-nilai murni, berupaya untuk beradaptasi serta berdaya saing dengan kemajuan dunia semasa,” katanya berkata demikian ketika ditemu bual dalam program televisyen, Malaysia Hari Ini baru-baru ini.
Sementara itu, Fadhlina turut meletakkan visi untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing dalam DPD.
Antara objektifnya adalah membangunkan murid fasih digital untuk memenuhi keperluan era digital dan mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi dalam ekosistem pendidikan.
“Istilah Guru Jauhari Digital ini merujuk kepada kumpulan pendidik yang mempunyai kompetensi digital tinggi dan menjadi pakar rujuk pengintegrasian teknologi pendidikan digital.
“Guru yang berkemahiran digital tinggi dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang cekap dan berkesan seterusnya membudayakan kreativiti dan inovasi.
“Oleh itu, guru masa kini wajib memiliki kebolehan dan keupayaan dalam menggunakan teknologi digital terkini untuk merealisasikan hasrat negara menghasilkan generasi mahi dalam teknologi,” ujar Azman.
Foto: The Star
Dalam pada itu, beliau berkata terdapat beberapa peranan guru jauhari digital dalam merealisasikan DPD, antaranya ialah mereka mampu menjadi peneraju teknologi digital dalam ekosistem pendidikan.
“Guru jauhari digital boleh laksanakan PdP berasaskan teknologi dengan menggunakan alat dan resos digital seperti komputer, tablet, papan putih interaktif, pelantar digital dan perisian pembelajaran,” jelasnya.
Selain itu, guru jauhari digital juga berperanan sebagai individu yang memberi bimbingan dan inspirasi kepada murid tentang teknologi, penggunaan peranti digital dan keselamat siber.
Artikel lain: Hasrat tampung kekurangan 30,000 jurutera dapat dilaksana, JPPKK guna inisiatif program TVET
Malah, KPM telah merancang dan melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu guru-guru mencapai tahap ‘Jauhari’ dalam pendidikan digital seperti Pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).
“Pelantar pembelajaran ini menyediakan pelbagai sumber pendidikan digital terkini merangkumi akses kepada alat kecerdasan buatan seperti Bard, Perplexity, Claude, Conker dan Chat GPT.
“DELIMa telah mendapat Recognition of Excellence 2023 daripada OpengGovAsia, Special Mention: The Inter-Agency Awar oleh GovInsider dan Learning Pioneer Country Award 2024-2025 daripada UNICEF,” katanya.
Inisiatif lain daripada KPM adalah Penilaian Celik Digital dimana guru akan diberikan ujian untuk menilai tahap kematangan celik digital individu secara keseluruhan.
KPM juga akan melakukan Saringan Tahap Kompetensi Digital yang mana kementerian akan melakukan saringan terhadap warga pendidik untuk menilai tahap kompetensi mereka dalam menjayakan DPD.
Foto: Utusan
KPM turut memperkenalkan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan pada 7 Februari lalu.
SiPP merupakan platform yang menyediakan akses kepada guru untuk mendapatkan bahan latihan, kursus dan sumber-sumber pembelajaran sepenuhnya melalui peranti masing-masing yang dapat meningkatkan kompetensi digital mereka.
Tidak cukup dengan itu, KPM turut memperkenalkan inisiatif Lima Prakarsa Pendidikan MADANI bagi memperkukuhkan pendidikan negara, dan salah satu prakarsa dalam inisiatif ini memfokuskan pembinaan ekosistem pendidikan digital.
Inisiatif Prakarsa Pendidikan MADANI ini menitikberatkan aspek kemanusiaan, kebebasan berfikir, berbicara dan bertindak dalam suasana yang berdisiplin dan bertanggungjawab, kreativiti, adaptasi kepada perubahan dan teknologi.
“Generasi fasih yang kita lahirkan daripada guru jauhari digital mampu mengorak masa hadapan negara menjadi lebih mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati, berkeyakinan dan bersifat ihsan antara satu sama lain.
“Guru jauhari digital mengetahui nilai dan kepentingan kemahiran digital dalam membangunkan potensi murid sebagai pewaris bangsa negara MADANI.
“KPM percaya guru jauhari digital mampu menjadi peneraju teknologi digital dalam ekosistem pendidikan seiring menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang beradab, progresif dan harmoni serta dapat meningkatkan produktiviti negara,” ujarnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source