Pantai Cantik Ala Maldives, Bayu Lestari Island Resort Pilihan Ideal Untuk Bertenang
Ini perkongsian percutian singkat dan tempat menarik Narathiwat, kalau nak pergi Thailand lagi, anda boleh pilih beberapa lokasi ini.
Biasanya orang Malaysia lebih suka pergi ke Hatyai berbanding di sini. Namun menurut saudara Kamal Farid Sulaiman, banyak juga tempat makan-makan yang best anda boleh singgah di Narathiwat.
Tempat Menarik Narathiwat
Lokasi ini boleh jadi checklist untuk anda terutama bagi yang bercadang untuk percutian singkat. Okay, ini antara tempat yang dikunjungi sepanjang 2 hari 1 malam di sini.
1) Narashi Shabu Halal Buffet
Kedai makan bercirikan buffet. Ada pelbagai jenis makanan seperti steamboat, sushi, seafood, dessert dan macam² lagi. Makan sampai kenyang.
Cuma kalau pergi hari biasa, makanan dia tak sebanyak hari minggu. Masa diberikan 1 jam setengah.
Caj seorang dewasa lebih kurang 369Baht/RM48
Google Maps : Narashi Shabu Halal Buffet, Narathiwat
2) Summer Thon
Kedai makan viral ini terletak kira-kira 18km dari Bandar Narathiwat dan berdekatan Airport Narathiwat.
Apa yang menarik disini adalah lokasinya yang berada di tepi pantai yang cantik dan betul dibawah laluan kapal terbang hendak mendarat. Kena datang ikut jadual flight ya kalau nak time tu.
Google Maps : Summer Thon, Narathiwat
3) Pai Na Nara
Geng OOTD boleh singgah disini untuk bergambar di dalamnya. Boleh tahan cantik port untuk bergambar disini setanding Kampung Agong yang terletak di Pulau Pinang.
Yuran masuk : 20Baht/RM2.60 seorang
Google Maps: Pai Na Nara
4) Ruean Ram Resort
Resort ni ditemukan secara tak sengaja sebab bemal tidak membuat tempahan. Cek dalam maps hotel berdekatan, pergi ke dua hotel tanya dah full. Yang ni je ada kosong lagi. Tempat memang cantik, redup dengan pokok sekeliling resort.
Harga pun murah dengan bilik dia macam hotel 4 bintang, sangat selesa. Yang penting tandas dia bersih dan luas.
P/S: ada bagi makanan dan minuman dalam bilik. Kalau makan kena bayar ya.
Harga Bilik King Size : 550Baht/RM72
5) Rim Khuean Market
Lepas maghrib keluar cari makan di pasar malam yang terletak di tepi sungai Bang Nara. Pelbagai makanan yang sedap dan menarik disini sama seperti di Pasar Malam di Hatyai juga.
Bezanya di sini boleh makan di dataran tepi sungai sambil melihat kapal-kapal yang lalu disaksikan rembulan.
Google Maps : Rim Khuean Market
6) Two Season Home Resort & Restaurants
Breakfast pilih dengan Nasi Kerabu sebab menu ini tersohor di Narathiwat. Terletak kira-kira 25km dari Bandar Narathiwat.
Nasi kerabu golok dia memang sedap tapi yang penting lagi suasana kedai ni memang tenang mengusik jiwa. Datang awal ya kedai hanya beroperasi 3 jam dari jam 7-10pagi waktu Thai.
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/UE135LnFceHyHubGA
7) Khun Piman Stall (ร้านคุณพิมาน)
Kalau anda peminat makanan berasaskan kelapa seperti bemal. Sebelum singgah kedai nasi kerabu, bemal cadangkan anda berhenti di gerai ini beli jeli kelapa dan dadih kelapa.
Dadih kelapa tu memang rasa dia cukup dengan manis berlemak dia tu, tak jumpa di Malaysia. Dah berkali-kali repeat tetap tak puas makan.
Harga Jelly Kelapa : 100Baht/RM13 untuk 3 biji
Harga Dadih Kelapa : 120Baht/RM15.50 untuk 5 bekas
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/hpg4do6i59bZ5BWp7
8) Narathat Beach
Pantai Narathat, destinasi wajib singgah jika ke sini. Datang sebelah petang sikit kalau ke sini. Boleh makan-makan dan membeli belah.
Google Maps : Narathat Beach
9) 7-Eleven
Yang ni asal masuk je ke Thailand anda mesti kena singgah dalam ni. Tak kisah mana² kawasan di Thailand pun. Wajib cuba Air Kopi + Coklat isi sendiri, Hotdog, Roti, dan Colek Pauh. Dalam ini tak semua halal ya. Cek logo halal dulu sebelum beli.
10) Kedai Kuih Muih
Peminat kuih muih kena cuba disini. Tapi kuih sini manis-manis ya. Kedai-kedai kuih banyak di sepanjang jalan yang bemal akan kongsikan lokasi dia ya.
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/ehfr9upMevZC1Bmf9
Tempat-tempat menarik lain tapi tak sempat nak pergi atau masih tutup.
11) Yakang Local Market
Kalau Hatyai ada Floating Market, Narathiwat pun ada tau. Cuma terbalik orang jual atas darat, orang makan atas air. Hanya buka pada hari jumaat dan sabtu sahaja ya.
Google Maps : Yakang Local Market
12) Laebin cafe ร้านแลบินคาเฟ่
Nak pergi Summer Thon jumpa cafe ni dulu. Berdekatan Airport Narathiwat. Cafe dengan suasana seperti berada di dalam kapal terbang.
Nak masuk pun dapat tiket kapal terbang.
Google Maps : Laebin Cafe
13) Akhoo cafe &Restaurant (Lebih dikenali dengan nama Nasir Buffet)
Pelopor pertama buffet halal di Narathiwat. Cukup terkenal Nasir Buffet ni. Sekarang masih lagi No.1 tapi bajet kena lebih sikit lah.
Google Maps : อาคูว Akhoo cafe &Restaurant, Narathiwat
14) Kedai Roti Canai sebelah Masjid An Nur, Tak Bai
Kalau balik petang dari Narathiwat ke Rantau Panjang boleh singgah di kedai ini. Beli bekal roti canai ala² roti tempayan. Roti dia tu tebal tak seperti roti canai biasa tetapi tekstur dia lembut dan gebu.
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/gPKmveP4ySQBNsiE6
Jadi selepas ini mungkin anda boleh ajak keluarga ke Narathiwat pula ya, asyik ke Hatyai saja. Cubalah tempat baru di Thailand.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source