Permintaan terakhir, hasrat Hail Amir nak jumpa cucu tak kesampaian
Anak kepada penyanyi popular era 1970-an, Datuk Hail Amir, Cinta Hailfi berkongsi permintaan terakhir arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada petang tadi.
Permintaan terakhir Hail Amir
Memetik laporan Kosmo! Online, Cinta berkata arwah bapanya mahu berjumpa dengan cucu-cucunya sewaktu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Papa memang sangat sayangkan budak-budak dan dia gembira apabila bersama cucunya.
“Dia sentiasa mahu jumpa cucu kerana benda itu menyenangkan hatinya. Dia ada lapan cucu,”katanya.
Bapa hilang selera makan
Dedah Cinta, bapanya hilang selera makan sejak pagi tadi sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3.48 petang hari ini.
Difahamkan, pelatun lagu Seloka Hari Raya itu sudah dimasukkan ke HKL sejak seminggu lalu akibat batuk berpanjangan sebelum doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada paru-parunya.
“Pagi tadi dia tak berapa selera hendak makan dan kami hanya beri susu.
“Kalau ikutkan sudah seminggu papa di hospital, dia memang batuk. Jadi, bila masuk ke sini baru tahu papa ada jangkitan kuman dalam paru-paru.
“Pihak hospital memang ada tunjuk X-ray dekat kami, tapi kami pun tak tahu sama ada itu sudah teruk ataupun tidak.
Kredit Foto Mohamad Shahril Badri Saali/ Harian Metro
“Pihak hospital maklumkan beri antibiotik dan mungkin ambil masa lima ke enam hari. Kami juga diberitahu bacaan papa semakin baik.
“Tapi kami nampak dia semakin lemah. Mungkin disebabkan keadaan jantungnya,” katanya.
Tawaran persembahan ubat sakit
Kongsi Cinta lagi, arwah bapanya sudah mendapatkan rawatan di hospital sejak 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan ke wad akibat masalah jantung.
Walaupun dalam keadaan kesihatannya yang memerlukan pemantauan, namun bapanya masih teruja memenuhi permintaan mengadakan persembahan.
Arwah Hail Amir juga pernah menyifatkan tawaran untuk membuat persembahan adalah sebagai ubat kepada sakit yang dialaminya.
Artikel lain: “Bab melutut ustaz pandai komen, kantoi liwat kat sekolah tahfiz bisu..”- Caprice
Sementara itu, rakan duet arwah Hail Amir iaitu Uji Rashid menyifatkan kehilangan rakan baiknya akibat jangkitan paru-paru cukup memberi kesan buatnya.
“Semalam saya berkesempatan melawatnya. Keadaannya lemah dan sudah tidak kenal orang. Tapi, bila duduk lama-lama dengannya dan cuba bercakap, arwah balas cuma suaranya tak jelas.
“Sepanjang arwah dirawat di HKL, hampir setiap hari saya menziarahinya. Sekarang, saya dalam perjalanan bersama adik ipar arwah untuk menziarah jenazah di hospital,”ujar Uji Rashid.
Untuk makluman, jenazah Allahyarham Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir akan dibawa ke Masjid Ukay Perdana untuk diuruskan malam ini dan bakal dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran, pagi esok.
Antara lagu popular gandingan bersama Uji Rashid adalah seperti Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu Seloka Hari Raya
Sepanjang pembabitan dalam dunia seni, Hail juga terkenal di layar perak dengna lakonan dalam naskah berjudul Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.
Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Haikal Ramli) , BH Online (Serimah Mohd Sallehuddin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source