Bagaimana Zoom Mengubah Cara Bekerja Masyarakat Kini.
Ketika dilanda pandemik Covid-19, satu-satunya jalan yang dilakukan untuk berhubung dengan orang lain ketika perintah berkurung adalah melalui panggilan video. Dalam pelbagai aplikasi telesidang, penggunaan Zoom tiba-tiba mendapat perhatian luar biasa berbanding aplikasi yang lain.
Dan, sejak itulah Zoom telah menjadi salah satu penjana terbesar dalam ledakan kerja jarak jauh pada tahun 2020 dan 2021. Dengan statistik pertumbuhan yang memberangsangkan, ada lebih kurang 300 juta peserta dalam mesyuarat harian dan 3.5 trilion minit mesyuarat tahunan, Zoom telah menjadi gergasi bagi aplikasi telesidang dalam tempoh lebih kurang 18 bulan.
Siapa pengasas di sebalik kejayaan Zoom ini?
Mari berkenalan dengan Eric Yuan, yang dilahirkan serta dibesarkan di Tai’an, Wilayah Shandong, China. Pada awalnya, Eric bekerja di WebEx, sebuah platform mesyuarat dalam talian. Dia adalah salah seorang jurutera pengasas di situ dan banyak membantu kejayaan bagi produk WebEx. Syarikat ini kemudiannya diambil alih oleh Cisco, dan apabila Eric memberi idea untuk sistem video mesra mudah alih, ia telah ditolak.
Idea ini kemudiannya membawa kepada kelahiran Zoom. Zoom bermula pada April 2011, dan pada Januari 2013, Zoom 1.0 telah tersedia untuk digunakan oleh orang ramai. Pada Januari 2019, Zoom melancarkan perkhidmatan telefon awannya (Zoom Phone). Pada April 2019, Zoom tersedia digunakan oleh umum. Saham Zoom melepasi harga IPO $36 hampir serta-merta dan memuncak pada $104.49 pada pertengahan 2019.
Untuk menjadi sebuah aplikasi yang popular dalam pasaran yang begitu tepu dengan nama seperti Microsoft, Google, GoToMeeting dan Cisco, Zoom terpaksa melaksanakan satu perkara yang menjadikannya menonjol dalam kalangan pesaing, iaitu kemudahan dalam penggunaan. Dan kemudahan ini perlu meliputi keseluruhan tempoh penggunaan telesidang berkenaan.
Eric Yuan telah mengatakan hal ini berkali-kali,
“Ia seperti sebuah restoran. Apabila pelanggan masuk ke restoran, keseluruhan pengalaman perlu hebat, sehinggalah mereka pergi. Awak tidak boleh menyalahkan orang lain.”
Dan disebabkan inilah Zoom menjadi kegemaran pengguna sewaktu pandemik. Kesederhanaan adalah faktor Zoom tiba-tiba menjadi begitu popular untuk kegunaan ramai orang.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source