Faisal Halim melecur tahap empat, netizen gesa pelaku dikenakan hukuman berat
Tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim melecur tahap empat di sekitar tubuhnya yang terkena simbahan asid semalam.
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar mengenai perkembangan terkini pemain bola sepak negara itu.
Faisal Halim melecur tahap empat
Menurut Shahril Mokhtar, pemain itu akan menjalani pembedahan kedua akibat kecederaan dialaminya dan dia akan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sepuluh hari.
Pada peringkat awal, kecederaan Faisal dilihat tidak terlalu serius dan melecur tahap dua tetapi keadaan bertambah parah selepas diteliti oleh pegawai perubatan hari ini.
“Kami bertemu dengannya (Faisal) di hospital pertama selepas dia dirawat. Dia boleh bercakap dan berkomunikasi, dalam nada yang rendah.
“Kemudian kelab memindahkannya ke hospital panel dan ketika itulah diberitahu dia perlu dibedah kerana keadaan kulitnya.
“Pada tengah hari Isnin, kami diberitahu ia bukan melecur tahap dua tetapi tahap empat. Ia agak teruk. Dia tidak dapat rasa lengan kirinya.
“Akan ada pembedahan kedua atau lebih. Dia tidak dapat berkomunikasi dengan jelas selepas pembedahan (pertama) dan akan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sepuluh hari,” katanya.
Tambah Shahril, Faisal Halim yang lebih dikenali sebagai Mickey perlu berada di hospital sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu.
Tahap empat ni serius!
Berita mengenai khabar perkembangan terkini Faisal Halim sememangnya tidak henti menjadi bualan warganet apabila keadaan pemain itu bertambah serius selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di pusat beli belah di Damansara, semalam.
Rata-rata dalam kalangan warganet memandang serius akan keadaan dan kecederaan yang dialami oleh pemain bola sepak kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu.
Cari dalang! Moga dikenakan hukuman berat
Artikel lain: Akhyar Rashid dalam keadaan baik, doa pelaku diberi petunjuk & hidayah
Baju dia pun cair!
Dalam perkembangan lain, seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai ada kaitan dengan kes simbah asid terhadap Faisal Halim berjaya diberkas. Suspek kini direman selama dua hari untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek dikesan berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang dikenal pasti semasa serangan itu.
Beliau dalam pada itu turut menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian berkenaan.
Sumber: X redzuanNewsMPB, The Star
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source