Shila Amzah selamat bersalin, suami sebak lihat pengorbanan isteri
Penyanyi terkenal, Shila Amzah selamat bersalin anak perempuan apabila suaminya, Ubai memuat naik gambar isteri serta bayi mereka di media sosial.
Gugur air mata lihat isteri bertarung nyawa
Menerusi perkongsian Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dia akui sebak sehingga mengugurkan air mata melihat isteri bertarung nyawa demi melahirkan cahaya mata mereka.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta,” tulisnya.
Shila Amzah selamat bersalin, pengalaman pertama buat Ubai
Ujar Ubai, ini merupakan pengalaman pertamanya melaungkan iqamat kepada cahaya mata dan sangat bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan Allah S.W.T kepada mereka sekeluarga.
Tambahnya, bayi yang dilahirkan ini merupakan cucu pertama di sebelah keluarganya dan berjanji akan menjaga amanah ini dengan sebaik mungkin.
Shila Amzah selamat bersalin, pilih nama Rhea Akira
Ubai juga mengucapakn selamat datang keatas puteri mereka yang diberi nama Rhea Akira.
Jelasnya lagi, takdir dan perancangan Allah sungguh hebat kerana dikurniakan rezeki yang cukup bernilai.
Artikel lain: Lalui pahit manis 2023, Shila Amzah & Ubai umum bakal timang cahaya mata
Tahniah korang!
Menjengah ke ruangan komen, masing-masing telah mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti ini serta mendoakan agar Rhea Akira membesar menjadi anak yang solehah.
Seronok dah ada anak sepasang
Alhamdulillah, tahniah daddy Ubai
Untuk rekod, Shila Amzah dan Ubai telah mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023 di dengan mas kahwin bernilai RM20,000.
Penyanyi lagu Memori Tercipta itu sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki dari perkahwinan terdahulu yang dikenali sebagai Seth Uwais.
Sumber: Instagram Ubaimz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source