Datuk Red untung RM30,000 jual kopi, guna semua duit selesai hutang
Usahawan, Datuk Red untung RM30,000 menjual kopi dalam masa dua minggu sahaja sekaligus membolehkannya membayar sebahagian hutang yang pernah dinyatakan sebelum ini.
Memetik laporan dari Mstar, Datuk Red atau nama sebenarnya, Adnan Abu, 46 memaklumkan yang keuntungan tersebut diperoleh daripada jualan kopi milik pempengaruh media sosial dan pengamal perubatan, Dr Samhan.
Tekad nak langsaikan hutang
Ujarnya, dia tekad membayar hutang-hutang yang berjumlah RM7 juta dan akan menggunakan semua keuntungan hasil daripada jualan tersebut untuk melangsaikannya.
“Nilai tersebut merupakan keuntungan pertama saya menjual kopi. Kalau ikutkan hati, saya mahu guna separuh (bagi membayar hutang) tapi atas dasar tanggungjawab saya kena berkorban.
“Keuntungan tersebut adalah hasil jualan bermula 17 hingga 30 April lalu dan saya nekad tidak akan menggunakan satu sen pun bagi kegunaan sendiri. “Semuanya saya akan guna untuk selesaikan hutang,” katanya.
Kredit foto: FB Hawari Hanafi & Co
Datuk Red untung jual kopi, komitmen utama selesaikan hutang
Tambah Datuk Red lagi, dia telah membuat pembayaran secara tunai melalui melalui peguam yang dilantik iaitu Hawari Hanafi & Co.
Pembayaran pertama ini merupakan bentuk komitmennya dalam melangsaikan hutang kepada semua pihak dan tidak mahu melengah-lengahkan lagi kerana inginkan kehidupan yang tenang selepas ini.
“Kalau ikutkan saya hanya perlu bayar RM500 sebulan sahaja tapi tiga kali mati, hidup semula pun hutang tak akan habis!
“Jadi saya sasarkan mahu bayar sekitar RM30,000 ke RM50,000 setiap bulan mengikut keuntungan jualan.
“Saya juga ada modal sikit untuk digunakan buat bisnes baru. Duit itulah saya akan guna untuk perbelanjaan harian,” ujarnya.
Kredit foto: Mstar
Artikel lain: Lantik peguam bantu selesai hutang RM7 juta, Datuk Red mohon tempoh 5 tahun
Datuk Red untung jual kopi, mana2 pihak nak tuntut hutang jumpa peguam dahulu
Dalam pada itu, dia memaklumkan jika ada pihak yang mahu menuntut hutang, boleh bertemu dengan peguamnya terlebih dahulu.
Serahan dokumen mengenai bukti hutang perlu diserahkan sebelum diuruskan oleh Jabatan Insolvesi untuk pembayaran.
“Kena serahkan dokumen melalui peguam saya dan mereka akan tunjuk jalan bagaimana pihak-pihak terbabit boleh menuntut wang mereka di Jabatan Insolvensi,” jelas bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi.
Kredit foto: FB Hawari Hanafi & Co
Bulan lalu, Datuk Red telah mengejutkan ramai apabila tampil kepada media memberitahu memerlukan pekerjaan untuknya menyelesaikan hutang serta menyara anak-anak.
Dia juga tidak malu untuk melakukan sebarang pekerjaan dan menjadikan media sosial sebagai platform mencari rezeki.
Susulan daripada pendedahan tersebut, pelbagai pihak telah tampil membantunya dan dapat dilihat perubahan yang cukup ketara berbanding sebelum ini.
Sumber: Mstar (Farol Hadi)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source