Teknik Cetakan Guna Logam Pertama Dunia Sebenarnya Dari Goryeo?
Pada sekitar tahun 1450, seorang tukang dari Jerman, Johannes Gutenberg telah mencipta satu teknik percetakan mudah alih jenis logam bersama dengan inovasi dalam acuannya. Teknik ini dikatakan menjadi asas kepada mesin percetakan yang ada pada zaman moden kini. Namun, teknik ini dikatakan terlebih dahulu telah dicipta dan digunakan oleh Dinasti Goryeo, lama sebelum Gutenberg menciptanya.
Para sarjana mula mengkaji keadaan ini apabila teks-teks sejarah di Goryeo ada menunjukkan wujudnya hubungan di antara orang Eropah dengan orang Goryeo, dan seterusnya membuktikan bahawa Goryeo sebenarnya telah menyumbang kepada ciptaan mesin cetak logam Gutenberg. Bukti teks sejarah menunjukkan bahawa teknologi percetakan jenis logam Korea mungkin dihantar ke Yuan (China), kemudian dari China ke Asia Tengah, dan dari Asia Tengah ke Eropah, termasuklah Jerman, iaitu tanah air Gutenberg. Ada juga bukti yang menyatakan bahawa pertukaran inovasi dan budaya antara Timur dan Barat ini berlaku melalui Silk Road.
Jadi, benarkah cetakan jenis logam pertama ini ditemui di Goryeo?
Berdasarkan kajian garis masa, pihak UNESCO telah mengiktiraf Jikji, sebagai buku yang menggunakan cetakan logam tertua, iaitu dicetak di Cheongju, Korea pada tahun 1377 (akhir Dinasti Goryeo). Manakala, cetakan Gutenberg pula, telah dicetak di Mainz, Jerman pada sekitar tahun 1450-an, iaitu sebagai cetakan logam tertua dari barat. Kedua-dua naskhah ini telah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2001.
Tetapi, selain daripada penemuan Jikji ini, ada satu lagi naskhah terawal yang dikatakan telah menggunakan teknik cetakan logam, iaitu seawal tahun 1239. Buku bertajuk Song of Enlightenment ini mempunyai 6 versi utama yang pada awalnya dikenalpasti menggunakan cetakan kayu, namun setelah kajian seterusnya dijalankan, satu daripada versi naskhah ini sebenarnya menggunakan cetakan logam. Naskhah ini telah diiktiraf sebagai khazanah Korea oleh Pentadbiran Warisan Budaya Korea.
Dalam melihat perkembangan teknik cetakan dari Asia Timur ke Barat ini, satu projek telah ditubuhkan, iaitu projek penyelidikan kolaboratif yang dipanggil “Dari Jikji ke Gutenberg” yang bertujuan menyiasat bukti teknologi yang berkaitan teknik cetakan ini. Pasukan ini terdiri daripada daripada ahli sejarah, pakar material, konservator dan sains entiti sempena memperingati ulang tahun ke-650 cetakan Jikji pada Julai 2027 akan datang.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source