Skil dan pengetahuan diperlukan industri, KPT jamin kebolehpasaran graduan AI
Kebolehpasaran graduan AI
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memastikan kebolehpasaran graduan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) melalui pendedahan kepada industri, sebaik mereka menjejakkan kaki di peringkat pengajian.
Demikian kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman dan Pengarah Bahagian Hubungan Industri Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Datuk Mohd Sharil Abdullah.
Mereka berkata, KPT yang dipimpin menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam inisiatif untuk memastikan ilmu dipelajari golongan mahasiswa akan diguna pakai termasuk dalam dunia pekerjaan.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Dr Azlinda Azman
Jelas mereka, pihak KPT memberi jaminan dari segi fundamental dan kebolehan graduan untuk membuat perubahan apabila melangkah masuk ke dalam industri, berbekalkan apa yang dipelajari golongan mahasiswa di universiti.
Sebagai tambahan, pihak KPT juga sudah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) bersama Kementerian Pelaburan, Antarabangsa & Industri Malaysia (MITI). Hal ini bagi memastikan graduan yang dikeluarkan berkualiti seperti apa yang dimahukan oleh industri.
Foto: KPT
AI dapat tampung kekurangan 30,000 jurutera
KPT turut menjelaskan dengan penubuhan Fakulti AI, isu kekurangan 30,000 jurutera yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dapat ditampung.
Mereka berkata, dengan adanya AI ini, tumpuan yang diberikan oleh pihak kerajaan akan memberi kesan kepada melengkapkan jurutera-jurutera yang sedia ada.
Artikel lain: AKKPT 2023 bukti KPT iktiraf usaha IPT lahirkan usahawan pelbagai bidang
Pihak KPT lebih menumpukan kepada kualiti jurutera yang dihasilkan. Oleh kerana itu, kementerian lebih menumpukan kepada teknologi AI.
Ini bagi melengkapkan jurutera-jurutera ini dengan teknologi baharu yang akan beri kesan lebih besar buat perkembangan ekonomi negara.
Persediaan mahasiswa dalam teknologi AI
Dalam pada itu, KPT memberitahu sistem AI sememangnya sedia ada menerusi silibus pembelajaran sebelum ini seperti melalui Sains Komputer, Teknologi Industri, Kejuruteraan Elektronik dan banyak lagi.
Disebabkan itu, pihak KPT menganjurkan MY AI NEXUS 2024 bagi menghubungkan semua kursus tersebut untuk mengukuhkan sesuatu teknologi.
Foto: KPT
Melalui penganjuran program yang menyatukan pemain industri AI itu, KPT yakin ia mampu untuk meningkatkan ketersediaan di semua universiti dalam melihat perkembangan bidang berkenaan.
Malah, KPT turut berpendapat semua institusi pendidikan seperti Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik serta Kolej Komuniti berada di tahap baik untuk mencipta teknologi tempatan dalam bidang AI.
Perbandingan dengan negara ASEAN lain
Sementara itu, KPT menjelaskan Fakulti AI bertindak sebagai ‘payung’ atau tumpuan bagi kumpulan penyelidikan merangkumi tiga cabang yang sudah ditetapkan iaitu industri, universiti serta agensi kerajaan.
Ini kerana apabila mereka berada di bawah satu ‘payung’, maka lebih mudah untuk bekerjasama dan membuat sesuatu perkara dengan matlamat yang satu demi masa depan negara.
Foto: KPT
UTM sebagai universiti pertama
KPT memaklumkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dipilih sebagai universiti pertama kerana mereka mempunyai pengalaman yang cemerlang dalam melahirkan graduan berteraskan kejuruteraan, sains dan teknologi, mempunyai pusat penyelidikan berteraskan AI seperti Centre For Artificial Intelligence & Robotics (CAIRO), Big Data Center dan Institute of Human Centred Engineering yang dilihat bersesuaian dengan apa diraih menerusi fakulti AI.
Mereka menjelaskan, UTM hanya berperanan sebagai platform dan pencetus sahaja. Namun, mereka juga perlu bergerak bersama universiti-universiti yang lain.
Matlamat KPT buat masa kini, hanya mahu mencetuskan satu institusi sahaja terlebih dahulu dan melihat kepada kesannya terhadap negara. Akan tetapi, tidak mustahil kursus tersebut dapat dianjurkan di universiti-universiti yang lain juga selepas ini.
Tidak diketepikan juga, mungkin Politeknik suatu masa nanti dapat diwujudkan satu kursus khas untuk AI.
Untuk makluman, program khas diluncurkan oleh Anwar itu mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang AI, universiti, industri, agensi-agensi dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memacu ketersediaan AI di Malaysia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source