Uyaina Arshad Luah Rasa Kesal Dalam Bahasa ‘F’, Mahu Lebih Info Berkaitan Agama!
Petik saja nama Uyaina Arshad, tentu ramai terus terbayangkan karakter pelakon serta hos yang ceria telatahnya, punya buah fikiran yang bernas dan tentunya kecekapannya apabila melontarkan pendapat.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Cuak’ Hadap Ujian MUET? Uyaina Arshad Kongsi Tip Dapatkan Skor ‘Band’ Tinggi
Uyaina terbaru, meluahkan rasa bosannya terhadap gelombang berita berkaitan dengan isu kecurangan dan kisah penyondol yang hangat diperkatakan dalam media sosial baru-baru ini. Rasa muak itu, katanya, timbul setiap kali dia melayari media sosial yang seringkali memaparkan berita-berita berkaitan dengan kontroversi rumah tangga artis tempatan.
Dalam satu rakaman TikTok, Uyaina menyatakan kebimbangannya terhadap arus berita yang sama yang terus-menerus mengisi ruang berita di platform itu.
“Saya sudah bosan dengan berita yang sama. Asyik-asyik cerita mengenai isu penyondol. Asyik-asyik berita pasal curang dan rumah tangga orang. Bila hendak habis ini? Berapa ratus episod?” katanya dengan nada kesal.
Sempat melontar pendapatnya, Uyaina memilih untuk menonton kandungan berkaitan agama daripada cerita kontroversi selebriti tempatan. Dia juga menasihatkan para pengikutnya untuk menyibukkan diri dengan aktiviti yang lebih bermanfaat.
“Pelik, buka Instagram, TikTok dan aplikasi X cerita yang sama. Tahun bila nak habis ini? Penatlah, baik buka kandungan mengaji al-Quran. Lebih bagus kan?” katanya.
Walaupun meluahkan rasa kesal dengan menggunakan bahasa ‘F’, Uyaina juga mencuri perhatian dengan kelancarannya dalam menggunakan bahasa tersebut. Teruja dengan kebolehannya menggunakan bahasa F dengan lancar, netizen tidak terkecuali dari memberikan pujian dan sokongan kepada selebriti itu.
@uyaina.arshadBo fo san fan ta fa hu fu tak fakkkkk 🥵 Bila nak habis niiiii 🫠
“Ingatkan Uyaina cakap dengan bahasa Turki atau Sepanyol, rupa-rupanya bahasa F. Seronok tengok dia lancar guna bahasa F. Ini bahasa rahsia zaman sekolah!” komen seorang pengikut.
Bahasa F, yang popular pada tahun 1990-an, sering digunakan untuk berbual tentang perkara yang enggan diketahui oleh pihak lain. Namun, dalam kes ini, ia digunakan sebagai alat untuk meluahkan rasa kesal yang dialami Uyaina.
BACA LAGI : Uyaina Arshad Pantang Individu Pengaruhi Lepasan SPM Untuk Tidak Sambung Belajar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source