Sangka suami curang, isteri Yusof Haslam hilangkan diri selama sebulan
Gara-gara khabar angin tidak benar berlaku curang, penerbit dan pengarah popular, Datuk Yusof Haslam mendedahkan isterinya, Datin Patimah Ismail pernah hilangkan diri selama sebulan tanpa sebarang khabar berita.
Menurut laporan Harian Metro, peristiwa tersebut telah memberi satu pengajaran yang hebat buat Yusof memandangkan konflik rumah tangga berlaku ketika anak-anak masih kecil.
Hilangkan diri selama sebulan
Artikel lain: Izzue Islam pilih berkepit dengan isteri, elak curang & kongsi kasih sayang
“Akibat salah sangka isteri saya merajuk dan membawa diri ke sebuah sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah bagi mendalami ilmu agama. Ketika itu, saya dan keluarga buntu kerana tidak tahu ke mana lokasi isteri saya melarikan diri. Waktu itu, telefon bimbit pun dia tak bawa.
“Sudahlah ketika itu anak-anak masih kecil dan kami baru saja pindah ke rumah baru. Apabila terkenang segala usaha dan penat lelah membina rumah ini, saya nekad untuk mempertahankan rumah tangga ini walau apa saja dugaan yang datang.
“Lagipun saya tidak melakukan kesalahan yang besar atau benar-benar curang, sebaliknya hanya khabar angin kerana menerima banyak surat layang. Jadi sepanjang ketiadaan isteri, sayalah yang menguruskan anak-anak bersama pembantu peribadi.
“Nak dijadikan cerita satu hari ketika saya selesai solat Subuh dan duduk di balkoni rumah, saya terdengar lagu Permata Untuk Isteri dari pondok keselamatan. Tanpa saya sedar air mata saya berguguran jatuh dan lagu itu begitu menyentuh jiwa saya,” katanya.
Hilangkan diri selama sebulan
Bagaimanapun, Yusof meluahkan rasa syukur apabila isteri kembali pulang ke rumah dengan bantuan ayah mentua meskipun proses memujuk memakan masa bertahun-tahun.
“Pada awalnya dia masih ‘keras’, tapi Alhamdulillah selepas saya meyakinkan dia dengan mengatakan sekiranya saya melakukan dosa besar pasti Tuhan tidak akan menyelamatkan saya termasuk bersikap jujur dalam perhubungan jika nak rezeki sentiasa melimpah.
“Kebetulan waktu itu filem Gerak Khas The Movie nak tayang di pawagam. Isteri saya pun terus perli dengan mengatakan biasanya filem saya selalu mendapat sambutan, jadi dia nak tengok sama ada filem ini berjaya atau tidak.
“Alhamdulillah dengan izin Allah dan saya bertegas dengan pendirian tidak melakukan hal yang tidak baik di belakangnya, filem itu sukses apabila meraih kutipan pecah panggung.
“Jujur proses memujuk memakan masa bertahun. Saya tidak salahkan dia sebab sudah tentu dalam bidang hiburan ini kami terdedah dengan macam-macam gosip. Tambah pula saya selalu berjumpa dengan artis dan isteri saya perlu kuat menghadapinya,” katanya.
Sekadar info, Yusof pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarham Raja Noor Saadah Salehuddin pada 1978 dan bercerai pada 1980. Pun begitu, mereka tidak mempunyai anak bersama.
Kemudian, Yusof berkahwin dengan Patimah Ismail pada 1982 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan empat orang anak.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source