Pemuda beranikan diri jadi imam solat jenazah sahabat, kenang suka duka ketika berkawan
Seorang pemuda beranikan diri jadi imam solat jenazah sahabatnya walaupun sebelum ini dia kerap menolak menjadi imam jika mereka solat bersama.
Sahabat baik meninggal dunia kemalangan
Perkongsian yang dibuat pengguna X menggunakan nama akaun hfzamrn benar-benar menyentuh hati apabila memuat naik momen-momen sewaktu bersama sahabatnya selama sembilan tahun sebelum dipisahkan dengan maut.
Menerusi ciapan panjang lebar yang dibuat pemuda dikenali sebagai Hafiz itu, sahabatnya telah meninggal dunia dalam kemalangan dan kebetulan dia tidak mengikuti allahyarham seperti kebiasaan kerana mempunyai urusan.
for nine years, you’ve been more than just a friend. semua benda kita buat sama sama dari smakl sampai la ke pagoh, mana kau pergi mesti aku ada sampai dorang bahan kita gay la aku selalu ikut bontot kau la apa la sebab tu ramai ingat aku ada sekali masa accident tu. pic.twitter.com/GN6VRJJjtG
— apizz (@hfzamrn) May 15, 2024
9 tahun berkawan, pemuda beranikan diri jadi imam solat jenazah sahabat
Difahamkan, mereka telah kawan sejak dibangku sekolah sehinggalah ke alam universiti namun siapa sangka persahabatan mereka diuji apabila salah seorang diambil oleh Maha Pencipta.
Dipendekkan cerita, Hafiz telah datang menziarahi jenazah sahabatnya dikenali sebagai Ahmad Naseem bin Ahmad Nazri di kediaman keluarga allahyarham dan menawarkan diri untuk mengimamkan solat jenazah sahabat baiknya.
Pemuda beranikan diri jadi imam solat jenazah, minta waktu nak peluk cium sahabat
Lebih membuatkan warganet sebak adalah sewaktu dia meminta izin orang-orang yang menguruskan jenazah masa lebih lama sedikit baginya memeluk serta mencium allahyarham.
Keluarga bagi peluang naik van jenazah hantar di tanah perkuburan
Ahli keluarga allahyarham yang sudah mengenali Hafiz turut memberi peluang untuknya sama-sama menaiki van jenazah bagi menghantar sahabatnya buat kali terakhir.
Kongsi suka duka sewaktu berkawan
Perkongsian yang dibuat pemuda terbabit begitu menyentuh hati memandangkan dia turut memuat naik gambar-gambar serta video sepanjang persahabatan mereka yang cukup akrab.
Artikel lain: Inteam kenang persahabatan, abadikan lagu Harum Setangkai Doa buat Suhaimi Saad
Ramai menangis baca thread pemuda tersebut
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui betapa peritnya jika seseorang kehilangan sahabat baik secara mengejut.
Mereka juga mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta ahli keluarga dan insan rapat yang ditinggalkan diberi ketabahan.
Sahabat sejati memang ada
Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Sumber: X hfzamrn
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source