Tak baik melagakan sesama Islam, blockout adalah trend luar -Wani Kayrie
Penyanyi, Wani Kayrie kesal dan menasihati tak baik melagakan sesama Islam berhubung isu gerakan ‘Blockout2024’ melibatkan selebriti tempatan dan pempengaruh media sosial.
Wani berkata, dia akui kesal dengan sikap segelintir warganet yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka yang didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan produk jenama boikot.
Tak baik melagakan sesama Islam
Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah berkata, kecaman-kecaman itu menyebabkan ada dalam kalangan selebriti terpaksa mengeluarkan bukti melakukan kebaikan.
Ia sekali gus membuatkan mereka dilabel riak dan ia sesuatu perkara tidak baik kerana telah mencetuskan huru-hara dalam kalangan umat Islam sendiri.
“Bagi saya, tindakan kutuk-mengutuk memang tidak baik. Apa yang kita cakap akan mencerminkan diri kita.
“Tak bermaksud tidak buat hantaran tak mendoakan atau derma sampai ada selebriti sanggup keluarkan resit buat sumbangan. Risau boleh jatuh riak.
“Tidak baik apabila sesama Islam kita melagakan. Blockout bagi pandangan saya adalah trend luar tetapi orang kita terlampau terikut sampai sanggup memaki hamun dan jatuh hukum,” katanya.
Artikel lain: Leona tak sependapat dengan bapa, gagal faham apa yang difikir Azhar Sulaiman
Jaga adab sebelum keluarkan komen
Penyanyi berusia 24 tahun itu juga menasihati warganet sepatutnya berhemah dalam mengeluarkan komen meskipun tujuan asal mereka adalah memberi teguran.
Dia turut akui semua orang mempunyai hak untuk membuat sebarang hantaran termasuk meluahkan perasaan, namun ia haruslah berpada-pada tanpa menghina seseorang.
“Kita ada hak sama ada mahu buat hantaran atau tidak mahupun marah orang yang tidak berbuat demikian tetapi jangan sampai membenci, menghina dan mencaci.
“Ada orang tidak boleh terima tomahan kerana boleh makan mental sendiri dan ada orang jenis tidak kisah.
“Untuk saya, perbuatan tersebut boleh pecah belahkan manusia. Memang tidak patut dan kalau mahu tegur biarlah secara peribadi,” katanya.
Pelatun lagu Jangan Jangan itu juga berpendapat, artis mempunyai hak masing-masing dalam menjadikan platform mereka sebagai tempat menyuarakan isu Palestin.
Malah, setiap orang mempunyai pilihan sama ada mahu memberikan sumbangan atau mengirimkan doa buat saudara di Palestin.
“Secara peribadi saya fikir, semua manusia ada hak untuk memilih platform menyuarakan atau tidak tetapi sebagai umat Islam semestinya kita kena simpati dan berperikemanusiaan kepada saudara di sana.
“Rasanya tidak menjadi salah kalau kita buat hantaran atau tidak, banyak atau sedikit. Yang penting kita tahu apa kita pernah buat.
“Pilihan masing-masing untuk bertindak dengan cara apa sama ada derma atau doa sudah cukup baik,” kongsinya.
Sumber: Utusan (Siti Athirah Dzulkifli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source