“Kalau tidak suka diam, tak perlu memalukan & memaki orang”
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selar tindakan segelintir individu yang bertidak memalukan dan memaki selebriti yang tersenarai dalam ‘Blockout2024’.
Menurut laporan Kosmo! Online, penyanyi yang berusia 45 tahun itu berpendapat orang ramai perlu menggunakan pendekatan mengajar atau menegur dengan penuh adab seperti mana yang diajarkan agama.
Siti Nurhaliza
Artikel lain: “Kalau yakin rezeki datang daripada Allah, lepaskan” – Elfira Loy
“Tidak baguslah cara tersebut. Agama Islam ajar jika mahu mengajar atau menegur orang mestilah beradab.
“Kalau tidak suka diam. Boleh buat sesuatu (Blockout 2024) tetapi tidak perlu sampai memalukan dan memaki orang.
“Kita mahu buat perkara yang mempertahankan agama, jadi harus ikut cara agama kita. Seperti saya kata, tak suka boleh block dan diam,” katanya.
Siti Nurhaliza
Ibu kepada dua cahaya mata itu enggan untuk memberi ulasan mengenai artis-artis tempatan yang tersenarai dalam gerakan tersebut.
Baginya, setiap individu mempunyai asbab tersendiri dan pelantun lagu Nirmala itu turut memuji gerakan ‘Blockout2024’ telah memberi impak positif kepada orang ramai.
“Kempen ini adalah trend dari luar negara dan telah masuk ke Malaysia. Cuma saya tidak mahu sentuh tentang artis lain sebab masing-masing mempunyai alasan dan sebab tersendiri,” ujar Siti.
“Semua orang ada pilihan masing-masing. Jika tanya saya sebagai seorang usahawan baguslah, sekurang-kurangnya produk tempatan akan mendapat sokongan secara tidak langsung boleh berkembang,” ujarnya lagi.
Sekadar info, gerakan ‘Blockout2024’ sedang giat dijalankan di Malaysia dengan nyahikut dan menyekat laman sosial mana-mana pempengaruh atau selebriti yang tidak bersuara atau menjadi duta kepada jenama-jenama produk boikot.
Sumber: Kosmo! Online (Haryati Karim)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source