Karies susu, kanak-kanak umur 3 tahun terpaksa ditampal, cabut gigi, doktor kongsi tip cara nak elak. Tanpa rawatan yang betul, karies susu boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan.
Apabila anak mula tumbuh gigi, pertumbuhan gigi anak-anak haruslah dijaga dengan rapi supaya tidak akan mengalami masalah gigi yang serius. Namun ramai juga ibu bapa yang hairan kenapa gigi anak-anak masih mengalami kerosakkan walaupun diberus dan dicuci dengan kerap.
Berikut perkongsian doktor Azila Dentist, Klinik Pergigian Azila Bangi
Kesilapan ibu bapa. Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun. Janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.
Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:
1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu?
2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’.
Kita ambil senario ini:
-Senario 1-
Pernah viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini?
-Senario 2-
Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk. Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan dibawah Bius Umum.
Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur. Inilah namanya karies susu.
TIP CEGAH KARIES SUSU:
1. Berus / cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.
2. Bawa jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan suasana klinik gigi dan peralatannya.
3. JANGAN TIDUR SAMBIL HISAP SUSU.
4. Jangan kongsi sudu garfu sebelum menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu pun tidak bersih, maka bakteria dari mulut ibu akan ke mulut anak, ok!
5. Sekiranya sakit, segeralah bawa jumpa doktor gigi.
Gambar berikut adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.
Ini adalah contoh karies susu.
Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa?
Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.
Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula? Yes, I feel you. I understand you.
Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.
Saya kongsikan caranya:
Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini:
1. Pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.
2. Paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..
3. NO JAJAN, No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis- manis belaka.
Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye, ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.
Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;
”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat.
Sumber: Azila Dentist, Klinik Pergigian Azila Bangi
Baca juga artikel lain: Cara Beru Gigi Tak Betul & Pemakanan Punca Ramai Kanak-Kanak Dapat Karies Gigi
Karies Gigi Tak Semestinya Pada Anak Yang Hisap Botol, Yang Tak Hisap Botol Pun Boleh Terkena
Karies Gigi Punca Berumahnya Bakteria Dalam Mulut Anak. Tak Jaga, Lagi Teruk!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source