Leona tak sependapat dengan bapa, gagal faham apa yang difikir Azhar Sulaiman
Pempengaruh dan juga anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman, Leona tak sependapat dengan bapa berhubung isu berkaitan Palestin.
Ada pendirian sendiri
Menurut pemilik nama sebenar Kasih Iris Leona, 22, pendapat yang dikeluarkan bapanya sama sekali tidak mewakili pandangannya yang merasakan tindakan dilakukan tentera penjajah di bumi Palestin sebagai satu bentuk pembunuhan.
Leona tak sependapat dengan bapa, anggap yang berlaku adalan genocide
Jelasnya lagi, sebagai individu yang pernah melawat Palestin dan melihat sendiri keadaan di sana, dia sangat menyedari kekejaman yang dilakukan tentera penjajah.
Dia juga sedar ‘pembunuhan beramai-ramai’ yang dilakukan mereka bukan bermula dari 7 Oktober tahun lalu, tetapi sudah lama terjadi.
Leona tak sependapat dengan bapa, gagal faham apa yang difikirkan
Ujar Leona dalam ciapan di platform X lagi, dia tidak sentiasa bertentang mata dengan bapanya dan akui gagal memahami apa yang difikirkan aktor tersebut sehingga mengeluarkan kenyataan seperti yang tular di media sosial.
Jadi, dia meminta masyarakat tidak memukul rata pendapatnya sama sahaja seperti bapa hanya disebabkan mereka mempunyai pertalian darah.
Artikel lain: Daripada lantang bersuara & sokong, lebih baik pergi tolong orang sana – Azhar Sulaiman
Kenyataan Azhar Sulaiman dikritik
Terdahulu, Azhar Sulaiman telah dikecam ramai susulan mengeluarkan kenyataan meminta mereka yang begitu lantang bersuara untuk pergi ke medan perang di sana bagi berjihad.
Beberapa perkara yang disentuh oleh Azhar turut mendapat kritikan ramai namun dia dilihat tetap dengan pendiriannya.
Sumber: X kasihirisleona
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source