Malaysia jadi contoh antara paling berkembang dalam teknologi digital & AI -Menteri KPT
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir memaklumkan yang Malaysia dianggap antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI sekaligus menjadi contoh kepada negara-negara lain.
Perkara itu telah dinyatakan dalam 22nd Conference of Commonwealth Education Ministers (22CCEM) yang diadakan di Marlborough House, London, United Kingdom pada 16 hingga 17 Mei 2024 yang dihadiri oleh beliau.
Malaysia jadi contoh antara negara Komanwel paling hadapan dalam AI & digital
Menurut Dr. Zambry lagi, beliau telah terlibat dalam High Level Sessions dan berpeluang membangkitkan tentang pendekatan terbaik bagi menarik minat STEM.
Beliau juga bercakap dalam sidang Plenary mengenai TVET yang kini menjadi tumpuan bukan hanya di Malaysia, tetapi seluruh dunia.
Jadi, beliau berkongsi kepada rakan sejawat dari negara Komanwel berkenaan Malaysia yang sedang bergerak ke hadapan dalam bidang TVET ini.
“Saya terlibat dalam High Level Sessions di mana saya membangkitkan mengenai pendekatan terbaik bagi menarik minat terhadap STEM dan juga cara pembelajaran pedagogi yang lebih efektif.
Pada Sidang Plenary, saya bercakap tentang isu TVET yang semakin menjadi tumpuan bukan sahaja Malaysia malah seluruh dunia.
“Saya berkongsi dengan rakan negara Komanwel bahawa Malaysia sedang bergerak ke hadapan dalam bidang TVET dan telah menubuhkan Majlis TVET Negara bagi menyelaras setiap bahagian dan agensi yang terlibat dengan TVET,” ujarnya.
Malaysia jadi contoh, mesyuarat bersetuju
Susulan daripada itu, beliau memberitahu Malaysia telah dianggap antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Mesyuarat yang diadakan juga bersetuju untuk mengambil Malaysia sebagai salah satu negara contoh yang mempunyai ‘best practice’ bagi memastikan aspirasi digital dan AI (kecerdasan buatan) dijayakan.
Artikel lain: Skil dan pengetahuan diperlukan industri, KPT jamin kebolehpasaran graduan AI
Aspek manuasiawi juga penting dalam sistem pendidikan awal
Pada masa yang sama, Malaysia juga mengesyorkan aspek pembinaan manusiawi yang terangkum di dalam nilai spiritual, rasa ihsan, empati dan belas kasihan yang merupakan satu teras perlu ada dalam sistem pendidikan sejak dari awal walaupun dunia diasak arus terknologi Perindustrian 4.0 seperti AI dan tsunami digital.
Perkara tersebut perlu seiring kerana kekuatan manusiawi, akhlak serta nilai merupakan faktor yang tiada dalam AI.
“Ini juga diperakui dan diterima oleh mesyuarat untuk dijadikan asas dan Malaysia boleh dijadikan rujukan oleh negara Komanwel yang lain,” katanya.
Sekadar info, CCEM merupakan pertemuan antara Menteri-Menteri Negara Komanwel bagi membincangkan mengenai perihal pendidikan semasa dan juga perkongsian bersama bagi meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan negara Komanwel.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source