Ning Baizura jelaskan video IG live disunting, nafi tak cakna isu semasa
Penyanyi terkenal, Ning Baizura jelaskan video penuh IG live disunting sesetengah pihak yang tidak bertanggunjawab sehingga memberi kesan negatif terhadap persepsi orang ramai terhadapnya berhubung isu Palestin.
Baca komen, tanya peminat kenapa nama2 mereka susah sebut
Menerusi posting yang dibuat di Instagram, Ning Baizura jelaskan persoalan “who’s that?” bukan ditujukan kepada Rafah tetapi respon sewaktu membaca komen-komen daripada nama akaun peminat yang menyaksikan siaran langsung tersebut.
“Sesi live itu adalah Ning Oke Session iaitu sesi karaoke saya bersama peminat. Ia sesi satu malam yang saya dedikasikan untuk menghiburkan dan mendekati peminat-peminat saya.
“Ketika permintaan dibuat, saya membaca komen-komen mereka dan saya bertanyakan kepada mereka kenapa nama mereka susah disebut dan ada tak nama yang senang sikit untuk dipanggil.
“Ketika itulah muncul komen itu (All Eyes on Rafah) dan saya tanya siapa dan ia terkeluar daripada mulut saya secara tiba-tiba kerana pada waktu itu keadaan agak kelam kabut kerana saya kena buat muzik karaoke.
Saya yang bertindak sendiri sebagai moderator, pasang lampu dan macam-macam lagi,” jelasnya.
Ning Baizura jelaskan video disunting
Ujarnya lagi, dia sama sekali tidak berniat mahu menyakiti sesiapa dan lebih-lebih lagi setelah potongan video siaran langsungnya tular di media sosial.
Mana tidaknya, rakaman sewaktu dia meninggalkan pertanyaan tersebut telah menuai banyak kata-kata negatif tanpa mereka tahu konteks sebenar memandangkan tidak menonton siaran langsung berkenaan secara penuh.
“Mudah bagi orang untuk sunting dan potong dan menampakkkan ia jadi seperti apa yang sedang tular sekarang ini.
“Terus-terang, saya tidak berniat menyakiti hati sesiapa. Saya tahu apa yang sedang berlaku di Palestin dan saya juga banyak melakukan sumbangan untuk mereka di sana.
Artikel lain: Kongsi jenis2 kemarahan, Ning Baizura doakan semua jadi lebih baik
Ning Baizura jelaskan tak perlu rasanya cerita tentang sumbangan & kebaikan dibuat untuk Palestin
Tambah penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu, dia tidak perlu untuk menceritakan kebaikan atau sumbangan yang telah diberikan kepada pihak Palestin kerana ia hendaklah datang daripada hati.
Jelasnya, selain daripada kerap terlibat dalam penganjuran majlis-majlis amal untuk Palestin, dia juga berkolaborasi dengan pereka fesyen tempatan sebagai satu bentuk solidariti kepada saudara-saudara kita disana.
“Tapi, bila kita buat benda-benda amal ini, kita tidak perlulah uar-uarkan sangat perkara inikan. Benda ni datang dalam hati kita,” katanya.
Jangan tuduh melulu, tengok dulu video penuh
Dalam pada itu, Ning juga meminta agar orang ramai tidak melulu menjatuhkan tuduhan dan mempersendakan situasi yang berlaku sebelum menonton semula video rakaman siaran langsung yang dibuat olehnya tempoh hari.
“Kalau anda semua ada peluang tontonlah video itu, ia masih ada di IG saya. Saya tidak mempersendakan tentang situasi atau tempat.
“Saya tidak tanya apa itu (what’s that), saya kata siapa itu (who’s that) yang merujuk kepada nama-nama orang apabila membuat live,” tegasnya.
Kalau tak boleh ‘move on’ sila unfollow
Dia juga menyarankan agar mana-mana pihak yang tidak dapat ‘move on’ dari isu tersebut untuk unfollow dirinya supaya tiada lagi kata-kata kesat yang dilemparkan.
Terdahulu, pemilik nama sebenar, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 49, dikritik netizen susulan dakwaan tidak cakna dengan isu melibatkan Rafah dan Pelestin.
Persoalan yang seakan tidak mengetahui tentang Rafah telah dikecam ramai sehingga para peminat penyanyi itu tampil mempertahankan Ning Baizura berikutan salah faham yang sedang tular di media sosial.
Sumber: Instagram ningdalton
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source