Isteri baru bersalin, suami Uyaina Arshad tampal nota di kereta -“Sorry slow, wife czer” – Oh My Media
Suami Uyaina Arshad tampal nota “sorry slow, wife czer” di belakang kereta sewaktu membawa isterinya pulang dari hospital selepas bersalin anak kedua mereka.
Perlu pandu kereta perlahan
Pelakon, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 30 dilihat begitu ‘sweet’ apabila menampal nota terbabit supaya pemandu lain yang mungkin akan berada di belakang kenderaan mereka tidak berasa geram kerana memandu terlalu perlahan di jalan raya.
Suami Uyaina Arshad tampal nota, sakit czer tak boleh digambarkan
Dalam perkongsian yang dibuat Uyaina, dia menyatakan rasa sakit selepas bersalin tidak dapat dibayangkan kerana mengingati sahaja terasa mahu menangis.
Jadi, dia berdoa agar para wanita yang baru sahaja melahirkan anak, tidak kisahlah secara normal atau pembedahan untuk berpantang dalam keadaan selesa serta mendapat sokongan daripada insan tersayang.
“Uyaina doakan untuk setiap wanita yang baru sahaja melahirkan anak, tak kisahlah secara normal atau caesar, dapat pulih semula dalam keadaan yang selesa, disayangi & ada support system yang kuat,” tulisnya.
Artikel lain: Hamil 5 bulan, Uyaina Arshad dapat hadiah duit daripada Raja Permaisuri Agong
suami Uyaina Arshad tampal nota di kereta, tak lepas pegang tangan isteri
Dalam video yang dikongsi juga, pengacara terkenal itu turut memuat naik video Raja Syahiran yang tetap memegang tangan isterinya ketika sedang memandu bagi memberi sokongan kepada isteri yang menahan sakit di dalam kereta.
‘Sweet’ je tampal nota dekat belakang kereta
Perkongsian tersebut telah mendapat komen yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata memuji tindakan Raja Syahiran kerana begitu peka dengan kondisi isteri.
Mereka juga mendoakan agar Uyaina dapat berpantang dengan sempurna serta mengucapkan tahniah kerana menimang cahaya mata kedua.
Semoga cepat sembuh Uyaina!
Ramai wanita faham sakit dia macam mana lepas czer tu
Boleh ikut ni tampal nota time bawa balik isteri dari hopital
Sekadar info, Uyaina dan Raja Syahiran telah selamat bergelar suami isteri pada 20 Disember 2021. Mereka telah dikurniakan anak pertama pada September 2022.
Pengacara Wanita Hari ini (WHI) telah selamat bersalin anak kedua pada 19 Mei 2024 secara pembedahan selepas mendapat nasihat doktor susulan mempunyai masalah jantung.
Sumber: Instagram uyainaarshad
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source