Caprice Akur Arahan – “Maaf, Dapat Panggilan Untuk Padam Rakaman CCTV..”
Pempengaruh, Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Caprice terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa untuk memadamkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan kejadian pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid oleh dua orang pelaku pada 5 Mei lalu.
Menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi, Caprice berkata dirinya perlu mengikut dan menghormati arahan berkenaan.
“Maaf. Dapat panggilan untuk padam rakaman CCTV dari The Star pagi tadi. (Platform-platform media) lain pun dinasihat untuk jangan muat naik atau kongsikan CCTV kes Faisal Halim.
“.. Kami perlu ikut dan hormati arahan mereka,” catat Caprice dalam bahagian kapsyen.
ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Jadi Pemain Bola Sepak Kedua Diserang, Kali Ini Disimbah Asid Sehingga Terpercik Pada Kereta – REMAJA
Pada pandangan Caprice, sebarang sedutan CCTV, rakaman kamera papan pemuka (dash cam) dan kelibat saksi boleh membantu pihak Polis Diraja Malaysia agar orang ramai yang mengesan jenis motosikal, topi keledar atau individu-individu yang berada dalam paparan video itu boleh tampil ke hadapan untuk membantu siasatan.
Begitupun, Caprice enggan mengeruhkan keadaan dan menghormati arahan yang diterimanya. Tinjauan REMAJA di media sosial juga mendapati beberapa platform media mula memadamkan rakaman CCTV itu daripada akaun masing-masing.
Menerusi video berdurasi 56 saat itu, kelihatan seorang lelaki bertopi sedang menunggu di sebuah kereta hitam sambil memerhatikan individu yang dipercayai merupakan Faisal sedang berjalan ke arah keretanya di sebuah pusat beli-belah.
Sebaik ingin membuka pintu kereta, lelaki bertopi kelihatan berulang kali menyimbah asid terhadapnya sebelum melarikan diri bersama seorang rakan komplot yang sedang menunggu bersama motosikal di tepi lokasi kejadian.
Sehingga lewat petang tadi, warganet tertanya-tanya sama ada video berkenaan adalah klip asli atau tidak sehinggalah Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengeluarkan kenyataannya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, video tersebut adalah bahan bukti yang masih dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan tidak wajar disebarkan bagi menjaga sensitiviti mangsa serta keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source