Netizen persoal rakaman CCTV didakwa insiden Faisal Halim disimbah asid -“Kata Vellfire?”
Netizen persoal rakaman CCTV (kamera litar tertutup) tular di media sosial yang didakwa insiden serangan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara pada 5 Mei lalu.
Mereka juga mendakwa apa yang dipaparkan dalam rakaman CCTV tersebut adalah bercanggah dengan laporan kronologi insiden sebelum ini.
Netizen persoal rakaman CCTV
Menerusi klip rakaman CCTV berdurasi 56 saat, kelihatan seorang lelaki disyaki penyerang dalam kejadian itu bersembunyi di belakang sebuah kenderaan di tempat parkir kenderaan.
Kemudian, kelihatan seorang lelaki dipercayai Faisal Halim sedang berjalan mengekori seorang wanita (dipercayai isterinya) sedang menuju ke arah sebuah kereta.
Penyerang itu kemudiannya keluar dari belakang kenderaan dan mengekori Faisal sebelum menyimbah sesuatu ke arahnya sebanyak dua kali.
Turut kelihatan Faisal cuba mengelak daripada terkena simbahan sebelum dilihat melarikan diri dari tempat kejadian untuk menyelamatkan diri.
Penyerang yang bertopi dan berpelitup muka itu kemudiannya melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki yang sudah sedia menunggu.
Kronologi kata kereta Vellfire?
Penularan rakaman CCTV itu telah menarik ramai sehingga mencetuskan persoal terutama ada yang membuat perbandingan dengan kronologi insiden yang dilaporkan sebelum ini.
Kronologi sebelum ini
Dalam laporan sebelum ini, semuanya bermula apabila Faisal Halim bersama isteri dan anak serta dua orang rakannya keluar ke sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada petang 5 Mei.
Beliau dilaporkan pergi untuk membuat bayaran parkir dan berjalan berseorangan ke arah keretanya yang terletak kira-kira 50 meter dari pintu masuk pusat beli-belah tersebut.
Anak jati Pulau Pinang itu kemudiannya membuka pintu kereta pelbagai guna Toyota Vellfire dan duduk di tempat pemandu.
Kemudian, beliau didatangi oleh dua individu yang menunggang motosikal lalu menghampiri kenderaannya.
Penunggang motosikal itu menegur Faisal dan kemudiannya mengucapkan selamat maju jaya ‘gooluck’ sebelum menyimbah asid ke arahnya.
Artikel lain: Faisal Halim melecur tahap empat, netizen gesa pelaku dikenakan hukuman berat
Setakat artikel ini ditulis, pihak polis belum mengesahkan kesahihan klip rakaman CCTV berkenaan.
Sebelum ini, pemain Harimau Malaysia berusia 26 tahun dilaporkan melecur tahap empat susulan disimbah asid.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 petang itu didalangi dua individu bermotosikal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata hasil semakan CCTV di sekitar pusat beli belah didapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan atau tempat sehingga meninggalkan cap jari.
PDRM baru-baru ini turut mengedarkan satu lakaran fotofit suspek yang dikenal pasti memakai topi celoreng tentera dan pelitup muka bercorak ketika kejadian.
Selain itu, suspek dianggarkan berusia 30 tahun, berketinggian 165 sentimeter (sm) dengan saiz susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang.
Sumber: X nuaruxang
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source