Polis siasat & kesan penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid
Pihak polis menyiasat dan mengesan penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid susulan tularnya video berkenaan di media sosial sejak pagi tadi.
Polis sedang kesan penyebar rakaman CCTV Faisal Halim
Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pihak mereka mengesan satu video berdurasi 56 saat telah dikongsikan akaun X dikenali sebagai @OneFootballM di platform berkenaan.
“Video terbabit merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
“Siasatan telah dimulakan bagi mengesan pihak yang menyebarkan video rakaman CCTV tersebut untuk tindakan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Artikel lain: Netizen persoal rakaman CCTV didakwa insiden Faisal Halim disimbah asid -“Kata Vellfire?”
Penyebar rakaman CCTV Faisal Halim ganggu siasatan polis
Dalam pada itu, beliau juga meminta agar orang ramai tidak menyebarkan atau menularkan video terbabit bagi menghormati sensitiviti mangsa serta keluarganya.
Tambahnya, pihak polis memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang sengaja menyebarkan video itu.
“Tindakan sedemikian sekali gus mengganggu siasatan pihak polis,” ujarnya.
Terdahulu, video yang rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat beli belah lokasi dikatakan tonggak utama pasukan Selangor FC disimbah asid telah tular di media sosial.
Pelbagai spekulasi mulai timbul termasuklah kenderaan yang dinaiki individu dipercayai Faisal tidak sama dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.
Apa-apa pun lebih baik kita menunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa supaya tidak ada sebarang kekeliruan yang timbul daripada spekulasi-spekulasi yang bertebaran di media sosial.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source