Keputusan SPM Boleh Disemak Melalui SMS & Laman Web Mulai Isnin
Nama Anita Yusof mula dikenali sekitar era 90-an ketika dia diperkenalkan kepada industri seni nyanyian tempatan sebagai salah seorang anggota kumpula rock bernama Sherox. Anita pada waktu itu bergelar pemain bass untuk Sherox dan muncul dengan album berjudul Awek Rock.
Setelah meninggalkan dunia hiburan, Anita yang telahpun bergelar ibu kini memenuhi minatnya untuk mengembara pula. Namun, cara pengembaraan Anita bukannya biasa-biasa apabila beliau mencabar diri untuk menunggang motosikal secara solo merentas sempadan negara sebagai backpacker.
Puluhan negara telahpun berjaya dijejaki oleh Anita kerana buatnya, pengembaraan mengajar seseorang insan mengenai sifat kemanusiaan dan kehidupan itu sendiri. Setiap kali beliau pulang ke tanah air daripada trip yang memakan masa yang lama, Anita dapat merasai lapisan dalam dirinya berjaya ‘dikupas’ menjadi seorang yang lebih berfikiran luas serta positif.
Sebelum giat menunggang motosikal mengelilingi dunia, Anita pernah sahaja mengembara menggunakan medium pengangkutan lain seperti bas, kereta api dan kapal terbang.
Satu ketika, Anita ingin menjelajah ke Kyrgyzstan yang terletak di Asia Tengah, bersebelahan dengan Kazakhstan (utara), Uzbekistan (barat), Tajikistan (selatan) dan China (timur). Disebabkan negara tersebut masih mundur dari segi pengangkutan awam yang disediakan, Anita terfikir untuk menguruskan pengangkutannya sendiri dan memilih motosikal atas faktor kos yang memadai.
Hasilnya, pelbagai negara telah dikunjungi oleh Anita sehinggakan beliau Malaysia Book of Records mengiktirafnya dengan gelaran ‘Wanita Pertama Menunggang Motosikal Secara Solo Merentasi Lima Negara Asia Tengah’ pada tahun 2014.
Kini, Anita sekali lagi telah memahat namanya dalam sejarah menjadi wanita Muslim pertama yang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dengan menunggang motosikal secara solo pada bulan ini. Semalam, Anita telah tiba di Masjid Nabawi di Madinah Munawarah pula.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau mencatat, “Tiada kata-kata melainkan syukur padaMu Ya Rabb. Tanpa izinMu, tidak aku sampai ke mari bersama GD. Dan gembira juga dapat memperkenalkan Malaysia kepada jemaah dari serata dunia yang berkumpul di sini.
“Alhamdulillah, syukur nikmat.”
“Kalau korang tanya aku, memang tak mampu poketku nak ke mari di ketika ini. Tapi itulah, rezeki tu rahsia Allah dan Dia beri pada sesiapa yang dikehendakiNya. Semoga Allah bagi sebesar-besar ganjaran pada semua yang menolongku,” kata Anita.
Salah satu hantarannya menunjukkan beliau berada berhampiran dengan kawasan Masjid Al Haram di Mekah.
Kata Anita, kawasan tersebut hanya membenarkan teksi rasmi negara itu saja untuk masuk dan mereka melarang sebarang kenderaan peribadi. Namun dengan izinNya, Anita berjaya menunggang sehingga ke lokasi tersebut.
“What more I’m a woman riding a motorbike. In Saudi? At Al Haram, Mekkah? Are you kidding? Syukur aku dapat juga lepas, terima kasih Allah.”
Memang power lah!
Anita juga tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya tiba ke tanah suci ketika wabak COVID-19 masih berleluasa. Bagi korang yang merancang untuk ke tanah suci pada tahun ini ataupun ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai proses untuk ke sana pada musim pandemik, korang boleh KLIK DI SINI.
Apapun, REMAJA mendoakan kesejahteraan Anita sepanjang berada di sana pada bulan Ramadan ini dan untuk pengembaraannya yang seterusnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source