Wanita kongsi gambar pasangan tular berniat baik -“Bahagian kita dah lepas”
Disebabkan seorang wanita kongsi gambar pasangan tular menaiki motosikal sambil mengendong anak yang memakai alat bantuan khas pernafasan, pelbagai maklum balas diterima warganet berhubung kondisi mereka yang memprihatinkan.
Walau bagaimanapun, selepas kisah keluarga tersebut menjadi topik perbualan dan mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, ada kisah lain pula yang terungkai disebalik kehidupan keluarga tersebut apabila imam masjid di kawasan tempat tinggal mereka mendedahkan yang pasangan berkenaan bukanlah suami isteri.
Niat nak reflect diri, jadi lain pula
Susulan daripada itu, wanita yang menularkan gambar mereka telah memaklumkan yang dia berkongsi gambar ‘keluarga’ terbabit untuk memperingatkan diri sendiri serta mengajak rakan-rakan supaya bersyukur.
Wanita kongsi gambar untuk misi bantuan kini jadi pencegah maksiat pula
Namun niat baiknya yang berawal dari misi bantuan kini bertukar menjadi pencegah maksiat susulan pendedahan yang dibuat oleh imam kawasan tempat tinggal pasangan tersebut.
“Dari niat nak reflect diri and nak ajak kawan-kawan bersyukur dengan hidup dah kecoh satu malaysia jadi misi bantuan.
“Dari misi bantuan dah rupanya jadi badan pencegah maksiat,” tulisnya.
Artikel lain: Kisah keluarga bayi 11 bulan ada ‘plot twist’? Pihak masjid setempat beri penjelasan
Wanita kongsi gambar minta tak kecam dirinya
Dalam posting tersebut, Aznor turut meminta orang ramai tidak mengecam tindakannya berkongsi gambar mereka kerana berniat baik serta menganggap ‘plot twist’ yang baru diketahui umum sebagai urusan mereka sendiri ekrana sudah berpesan supaya menyiasat dahulu latar belakang keluarga tersebut.
“Yang mana kecam, aku dah pesan dah suh siasat dulu jangan kalut. Takpa kalau niat kita baik, untuk bahagian kita dah lepas,” ujarnya lagi.
Terdahulu, wanita terbabit telah berkongsi gambar keluarga berkenaan yang menaiki motosikal dan sedang berhenti di lampu isyarat.
Tujuan wanita kongsi gambar supaya lebih bersyukur
Dia yang berasa hiba dengan apa yang dilihatnya telah berkongsi gambar tersebut di media sosial dengan meninggalkan kapsyen rasa insaf apabila ada insan yang lebih susah daripada kita.
Aznor juga sempat memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan bayi tersebut serta berharap supaya urusan mereka dipermudah dalam menjalani kehidupan.
Imam masjid jelaskan mereka bukan suami isteri
Ternyata, rupanya pasangan tersebut belum lagi berkahwin dan pernah diminta untuk tinggal berasingan tahun lalu oleh Pejabat Agama Islam susulan mengetahui mereka bersekedudukan tanpa ikatan.
Pendedahan yang dibuat oleh Imam Masjid Al Maarufi bertujuan untuk menjelaskan keadaan sebenar status perkahwinan mereka susulan ada yang mempersoalkan tentang peranan komuniti setempat.
Sumber: Facebook Aznor Aziz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source