Ibu Nabil Zamanhuri sahkan anak meninggal dunia akibat serangan jantung
Ibu Nabil Zamanhuri sahkan anaknya yang juga bekas pelakon dan penyanyi meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ibu kepada Allahyarham Nabil iaitu Fatimah Abdullah berkata, punca kematian anaknya adalah disebabkan serangan jantung hasil daripada bedah siasat yang dilakukan tengah hari tadi.
Ibu Nabil Zamanhuri sahkan, terlalu sibuk bekerja
Memetik laporan Astro Awani, Allahyarham Nabil atau nama penuhnya Nabil Zafirl Zamanhuri, 37, meninggal dunia disebabkan tekanan dan amalan gaya hidup bekerja.
Menurut Fatimah, anaknya memang ada niat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, namun tidak kesampaian untuk berbuat demikian.
“Hasil bedah siasat mungkin disebabkan dia (Nabil) terlalu sibuk bekerja, stres dan tidak menjaga makan dengan baik. Kata doktor ia sekali gus memberi kesan kepada gaya hidupnya.
“Dia memang ada niat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tetapi apa kan daya tidak sempat. Beberapa hari lepas dia ada cakap tak sedap perut dan sukar bernafas.
“Mungkin petanda itu sudah ada, tidur malam pun dia letak bantal pada bahagian belakang. Katanya sebab susah nafas hidung tersumbat. Tapi mungkin sudah masanya dia pergi, saya reda atas pemergiannya,” katanya.
Nabil anak yang taat, mudah hulur pertolongan
Walaupun reda dengan pemergian satu-satunya anak lelakinya, namun dia tetap merasai kehilangan permata hati yang dicintai seumur hidup.
Fatimah turut memuji Nabil yang juga naib juara program realiti Mentor musim pertama merupakan seorang anak yang taat dan mudah menghulur pertolongan sekiranya diperlukan.
“Dia seorang anak yang taat dan pendengar setia.
“Kalau saya minta tolong, cepat sahaja dia sampai ke rumah saya. Dia selalu menasihati saya untuk banyak bersabar,” katanya lagi.
Jenazah Allahyarham Nabil Zamanhuri atau lebih dikenali Nabil Mentor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini pada jam 6.20 petang, hari ini.
Lebih 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan artis dan kenalan terdekat hadir bagi memberi penghormatan terakhir. Antaranya penyanyi Datuk Nora Ariffin, pelakon pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad dan personaliti media sosial, Ubai MZ.
Artikel lain: Ibu dengar suara Nabil Zamanhuri dah nazak, arwah alami kekejangan selepas solat Subuh
Terdahulu, Allahyarham Nabil dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah, Ampang, pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.
Nama Nabil mula dikenali menerusi program pencarian bakat, Mentor pada 2005 dan menyandang gelaran naib juara.
Bakatnya dalam industri hiburan terus menyinar dan pernah menghasilkan satu album, Dari Jauh pada 2006 dan antara single nyanyiannya seperti Hati Ini, Hey Emma, Dari Jauh, Beku, Selangkah (OST Aladdin) dan Kenangan Lama (OST drama Ijab Kabut).
Selain itu, Allahyarham juga pernah membintangi drama Seribu Erti pada 2007, Kerana Kirana 2 (2008), Kamelia Katrina (2009), Cinta Strawberi dan Coklat (2012) dan Ijab Kabut (2022), selain filem Aladdin dan Boboiboy Movie 2 sebagai Kapten Kaizo (2019).
Sekadar info, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Adelia Citra Hapsari pada 2014. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Aluna Calista, 7, dan Stara, 3.
Sumber: Astro Awani (Faida Rahim), Harian Metro (Georgie Joseph)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source