Dah kahwin, bekerja & meninggal dunia antara punca calon tak hadir SPM 2023
“Itu antara faktor yang kita lihat tapi ada juga yang memang mungkin kurang berminat (menduduki SPM),” katanya.
Ada yang kurang berminat
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai punca 984 calon SPM 2023 di Sabah tidak menghadiri peperiksaan itu.
Bagaimanapun, jumlah tersebut dikatakan menurun seramai 1,564 calon yang tidak hadir berbanding SPM 2022.
“Insya Allah, kita akan lihat bagaimana kita boleh membantu anak-anak ini.
“Ada yang memang mungkin kurang minat ke sekolah, tapi insya Allah kita akan lihat apa yang boleh dibantu,” katanya lagi.
Artikel lain: 10,160 calon tak hadir SPM 2023, netizen dakwa ramai pelajar mahu jadi influencer?
Dalam pada itu, beliau mengakui jumlah calon yang tidak hadir SPM tersebut agak membimbangkan kerana mereka akan menghadapi kesan pada kemudian hari.
“Jumlah itu agak membimbangkan kerana impak mereka ini akan kita lihat kemudian di luar sana nanti di bidang pekerjaan dan juga dalam kehidupan secara menyeluruh.
“Ini kerana SPM ini membuka ruang kepada banyak peluang di luar sana, dengan ada SPM mereka boleh melakukan pelbagai benda untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Jadi, sekiranya anak-anak kita ini tiada SPM, ia akan menjejaskan sedikit kelangsungan hidup mereka kemudian nanti,” ujar Nurani.
Sekadar info, Sabah mencatatkan peningkatan prestasi dalam SPM 2023 dengan Gred Purata Negeri (GPN) 5.09 berbanding 5.22 pada SPM 2022.
Seramai 484 calon atau 1.38 peratus daripada 35,126 calon SPM dari Sabah pada tahun lalu memperoleh keputusan cemerlang semua A (gred A+, A dan A-) berbanding 344 calon (0.95 peratus) pada SPM 2022.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source