Khadijah Ibrahim mengaku remaja didakwa cabul sepupu sebenarnya cucunya
Enggan lagi berselindung, penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim mengaku cucunya merupakan remaja yang didakwa cabul sepupu perempuannya di mahkamah pada Disember tahun lalu.
Dia bagaimanapun tidak memperincikan kejadian sebenar membabitkan kedua-dua cucunya ketika ditemu bual bersama program Melodi TV3 yang disiarkan pada Ahad.
Khadijah Ibrahim mengaku cucu didakwa cabul
Menerusi temu bual tersebut, Khadijah Ibrahim memberitahu isu tersebut tercetus apabila ada hasutan daripada pihak luar selain mendedahkan kedua-dua cucunya menjalinkan hubungan cinta.
Ujarnya, perkara tersebut tidak seharusnya diperbesarkan kerana ia masalah kecil dan boleh diselesaikan secara baik antara kedua-dua belah keluarga.
“Budak-budak muda bercinta. Dua-dua cucu saya! Takkan satu nak suruh masuk penjara dan satu lagi masuk pusat pemulihan? Tak boleh.
“Masalah itu senang saja bagi saya. Mereka yang cipta, mereka yang selesaikan. Bagi saya, ini masalah kecil.. antara dua orang bercinta,”katanya.
Artikel lain: Ibu Puteri Balqis terkilan, kes cabul anak tak dapat pembelaan – “Malah dikutuk”
Dalam pada itu, penyanyi berusia 64 tahun menyatakan dia sudah siasat akan hal sebenar yang berlaku dan ia berlaku gara-gara hasutan orang luar.
Tambahnya, dia juga tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.
“Perkara ini bukan suatu yang tragis. Ini adalah domestik antara dua orang bercinta sebab antara sepupu pun boleh jatuh cinta juga.
“Saya tak kisah (tempias) sebab kita semua ada anak dan cucu. Kita perlu kendalikan masalah dengan baik.
“Saya percaya Allah telah aturkan semua ini. Jadi, saya tenang saja,”katanya lagi.
Katanya lagi, dia juga menasihati anak-anaknya untuk kekal positif dengan ujian yang dilalui oleh mereka.
Meskipun dilanda isu tersebut, namun hubungan antara kedua belah keluarga juga masih rapat.
Pada Disember 2023, seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul kehormatan sepupu perempuannya berusia 17 tahun.
Bagaimanapun tertuduh yang juga berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang juga sepupu perempuannya bagi tujuan seksual di sebuah kediaman di Jalan Gasing di sini pukul 3 pagi pada 15 Oktober lalu (2023).
Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang bawah dihukum bawah seksyen 14 Akta yang sama.
Sumber: IG meloditv3 , Kosmo! Online (Nuzulsham Shamsuddin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source