Pasangan tular bawa bayi lelaki berusia 11 bulan dah hilangkan diri, gagal dihubungi
Pasangan tular yang menunggang motosikal dan membawa bayi lelaki berusia 11 bulan dengan alat pernafasan baru-baru ini dipercayai dah hilangkan diri.
Memetik laporan Harian Metro, pasangan itu gagal dihubungi dan kedua-duanya tidak menjawab panggilan, malah mematikan talian.
Dah hilangkan diri, gagal dikesan
Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim berkata, pihaknya turut memantau kawasan rumah lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, pihaknya gagal mengesan keberadaan mereka.
Tambahnya, hanya ibunya yang menghidap angin ahmar berada di rumah seorang diri, namun dipantau oleh jiran berhampiran.
Dokumen tak lengkap
Bukan itu sahaja, pasangan tular berkenaan dikatakan masih belum memberi apa-apa dokumen untuk bernikah dalam masa terdekat ini.
“Pejabat Agama Daerah sudah memberi kebenaran supaya saya memaklumkan kepada pasangan itu untuk menyerahkan dokumen bagi memudahkan proses pernikahan dijalankan.
“Namun sehingga ini, saya tidak menerima apa-apa dokumen daripada mereka dan mereka dipercayai sudah menghilangkan diri,” katanya.
Jelas Muhammad Hazamer, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menikahkan pasangan tular berkenaan, namun perlulah menyediakan dokumen lengkap.
Artikel lain: Pasangan tular mengaku bukan suami isteri, rancang kahwin minggu hadapan
Terdahulu, tular di media sosial memaparkan pasangan ‘suami isteri’ bersama anak lelakinya yang menghidap paru-paru kronik dan pelbagai masalah kesihatan membawa bayi berkenaan menaiki motosikal ke hospital.
Berikutan itu, ramai bersimpati dengan nasib menimpa anaknya dan menghulurkan bantuan kepada pasangan terbabit, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Number: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source