Stacy nasihat SMDX, jangan main cakap sesuka hati
Penyanyi Stacy nasihat SMDX, sebuah kumpulan wanita baharu untuk berhati-hati ketika berbicara selepas salah seorang ahlinya membuat kenyataan tidak mengenali Dolla.
Memetik laporan Kosmo!, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam turut berkata kumpulan itu perlu belajar untuk berdiam sekiranya perlu.
Stacy nasihat SMDX
Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, menjadi terkenal kerana bakat yang dimiliki lebih baik daripada menjadi buah mulut orang disebabkan kelancangan terhadap penyanyi lain.
“Janganlah buat begitu, setiap orang ada kelas tersendiri. Takkan masuk industri mahu glamor dengan gosip sedemikian? Tidak boleh begitu.
“Kamu kena pergi dan naik dengan cara yang betul, tunjuk bakat awak dahulu, itu paling utama.
“Selancang mana pun mulut awak, kena belajar untuk diam, jangan main cakap sesuka hati,” katanya ketika ditemui di konsert minggu ketiga The Hardest Singing Show pada Ahad.
Lantang berkata-kata, Stacy nasihat SMDX
Tambah penyanyi yang juga berasal dari Sabah itu, SMDX sepatutnya perlu lebih sensitif disamping bijak menjawab soalan yang diajukan daripada peminat mahupun media.
Artikel lain: Isu tak kenal Dolla, SMDX mohon maaf – “Elle memang betul2 tak kenal”
“Awak datang dalam industri seni ini, awak kena bersedia dengan semua bentuk soalan. kena berhati-hati dalam setiap yang kita buat baik melalui perbuatan mahupun percakapan.
“Biar orang kenal sebab bakat bukan kontroversi yang tidak enak didengar,” ujarnya.
Sebelum ini, SMDX yang dianggotai oleh tiga orang anak jati Sabah dikecam oleh netizen susulan salah seorang anggotanya, Elle Thong yang didakwa berlagak apabila menyatakan tidak mengenali Dolla.
Disebabkan itu, peminat tegar kumpulan Dolla iaitu iDolla telah tersinggung dan telah mengeluarkan pelbagai kecaman di ruangan komen video TikTok Elle.
Selain Julfekar, Stacy nasihat SMDX
Selain itu, komposer Julfekar juga menegur kumpulan tersebut dan meminta mereka untuk belajar cara menjawab soalan dengan lebih baik.
Namun begitu, SMDX telah tampil membuat permohonan maaf atas keterlanjuran kata Elle disamping menyatakan gadis itu benar-benar tidak mengenali Dolla.
Dalam pada itu, syarikat rakaman SMDX, XIOKK Entertainment turut tampil membuat permohonan maaf bagi pihak Elle disamping menyentuh beberapa isu lain termasuk imej yang dibawa oleh kumpulan itu.
Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Haikal Ramli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source