Adira langgar iddah? Datuk Red tampil pertahan bekas isteri -“Saya tahu dan izinkan..”
Tular di media sosial apabila ada netizen mendakwa penyanyi Adira langgar iddah iaitu keluar rumah selepas sah bercerai talak satu dengan usahawan, Datuk Seri Adnan Abu.
Tidak berdiam diri, bekas suami Adira iaitu Adnan atau lebih dikenali Datuk Red tampil bersuara dan mempertahankan penyanyi kelahiran Ranau, Sabah itu.
Artikel lain: Isu idah, pendakwah nasihat Adira Suhaimi rujuk jabatan agama
Adira langgar iddah? Datuk Red perjelas…
Datuk Red berkata, bekas isterinya tidak melanggar iddah dan mempunyai alasan yang kukuh iaitu keluar rumah bagi mencari rezeki untuk menyara keluarga.
Malah, Adira juga mempunyai komitmen bulanan yang tinggi yang perlu ditanggung termasuk menyara ibu di kampung dan para pekerja di syarikatnya.
“Komitmen Adira sangat tinggi, kena bayar rumah, bayar kereta, ada orang gaji dua orang, sara ibu di kampung. Dia juga ada syarikat yang mempunyai staf.
“Kalau harapkan saya punya jualan dan nafkah memang tak cukup. Jadi, nak tak nak dia kena kerja, dia pun ada syarikat, ada pekerja yang semua mengharapkan pada dia.”jelasnya.
Adira tetap minta izin, ‘update’ pergerakan
Beliau bagaimanapun mengakui perbuatan tersebut salah tetapi menegaskan tindakan Adira adalah untuk mencari rezeki semata-mata.
Malah, usahawan ini turut mendedahkan bahawa bekas isterinya sering berkongsi lokasi dengannya jika keluar dari rumah.
“Yang bagusnya Adira ini, dia keluar rumah walaupun pergi ke kedai di hadapan rumah pun dia akan hantar ‘live location’ kepada saya. Apa pergerakan dia saya tahu dan izinkan. Niat dia hanya cari rezeki.
“Kalau pergi ke ‘show’ pun, dia akan terus balik rumah. Tidak ada jumpa kawan untuk berseronok,”jelas Datuk Red.
Datuk Red ketika ditemu bual mStar berkata, dia meminta orang ramai untuk berhenti mengecam bekas isterinya.
Sumber: mStar Online ( Nazrin Zulkafli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source