Berkat solat hajat, Kak KM syukur menangis lihat keputusan SPM anak
Kak KM syukur menangis melihat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) satu-satunya anak lelakinya, hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan oleh usahawan sensasi, Liana Rosli yang juga anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Kak KM syukur menangis lihat keputusan anak
Menerusi hantaran tersebut, Kak KM dilihat terlalu gembira sehingga menitiskan air mata kegembiraan sebaik sahaja melihat keputusan SPM anak lelakinya, Faris Razman.
Kak KM dalam ruangan kapsyen meluahkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anaknya.
“Syukur, Alhamdulillah anak mama memang bijak, @farisanakmama,”tulisnya ringkas.
Artikel lain: Adik Ubai raih ‘straight A’ SPM – “Hajat dan impian mak dah tercapai”
Berkat kerap solat hajat
Sementara itu, memetik laporan mStar, Kak KM tetap bersyukur dengan keputusan SPM anaknya meskipun tidak memperoleh semua A.
“Saya lega sangat walaupun tak dapat semua A tapi itu pun dah cukup bagi saya,”katanya.
Tambahnya lagi, kejayaan yang dikecapi anak lelakinya itu juga atas berkat mereka sekeluarga kerap solat sunat hajat selain Faris tidak henti berusaha membuat ulangkaji.
“Faris memang betul-betul belajar hari-hari sampai tak tidur malam. Kami pun buat solat hajat hari-hari untuk dia.
“Dia satu-satunya anak lelaki saya. Saya pun selalu cakap dia adalah harapan saya, itulah yang buat dia tertekan,”ujar Kak KM.
Sumber: mStar Online (Allya Abu Bakar), Instagram Liana Rosli
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source