Episod kali ini, Salina Saibi sebagai artis jemputan untuk memasak lauk dan manisan menu tradisi keluarganya untuk berbuka. Kali ini Salina Saibi akan dibantu oleh adiknya Shafira Saibi. Menu pilihan mereka pada hari ini adalah Ayam Masak Kicap Pedas dan juga Kuih Gulung atau nama lainnya Ketayap. Wahhh menariknya gabungan menu ni, lepas makan lauk pedas, kita makan pula kuih ketayap yang intinya memang manis dengan aroma pandan.
Tak sangka Salina Saibi dah mula pandai masak sejak darjah enam lagi. Pelakon Gerak Khas ini memang kelihatan dah biasa memasak di dapur. Katanya, dia lah yang selalu memasak lauk untuk adik-adiknya selepas pulang dari sekolah dan diakui oleh adiknya, Shafira.
Menu masakannya kali ini menggunakan bahan dari jenama Aji. Gerenti jadilah kalau guna bahan masakan dari Aji ni. Paling best sekali, bila buat kuih ketayap ni bila guna Tepung Goreng Pisang SERI-AJI yang ada aroma vanilla pehhh memang lagi naik bau kuih ketayap ni dan lagi cantik tekstrur kulit kuih ketayap ni. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara masakan menu untuk episod kali ini.
AYAM MASAK KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor Ayam
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar Cili kering kisar
3 sudu besar Sos cili
3 sudu besar Sos tomato
3 sudu besar Sos tiram
1 sudu kecil AJI-SHIO Lada Hitam Berperisa
6-7 sudu besar Kicap lemak manis
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
1 biji Cili merah
1 biji Bawang besar, dibelah 6
2 tangkai Daun bawang, dihiris
Bahan-bahan (A): ditumbuk
5 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
½ inci Halia
CARA PENYEDIAAN:
Gaul ayam bersama ½ sudu kecil garam dan kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan-bahan (A) yang ditumbuk dan tumis sehingga kekuningan.
Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, AJI-SHIO Lada Hitam Berperisa & AJI-NO-MOTO dan ayam tadi. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan kicap lemak manis, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
Masukkan bawang, gaul sehingga bawang sedikit layu dan padamkan api.
Tabur daun bawang dan sedia untuk dihidang.
KUIH GULUNG @ KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
Inti
½ biji Kelapa parut
¼ cawan Gula melaka
¼ cawan Gula pasir
2-3 helai Daun pandan
½ sudu kecil Garam
Bahan-bahan (A): Kulit
2 cawan SERI-AJI Tepung Goreng Pisang
2 cawan Santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
1 biji Telur
4-5 helai Daun pandan
1 sudu kecil Garam
2-3 titik Pewarna hijau (optional)
CARA PENYEDIAAN INTI:
Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
CARA PENYEDIAAN KULIT:
Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
Bancuh santan bersama SERI-AJI Tepung Goreng Pisang, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
Angkat dan gulung bersama inti yg sudah disejukkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source