Anak Mengadu Sakit Tekak, Ini Mak Ayah Perlu Buat Nak Kurangkan Sakit Anak!
Selepas Covid-19 menyerang, Monkeypox dan HFMD yang melanda dunia, kini Influenza pula mula menjadi satu ketakutan. Kes kenaikan Infleunza dari hari ke hari begitu membimbangkan. Sebagai mak ayah, perlukan sentiasa meneruskan cara hidup sihat kepada anak-anak.
Paling utama kata Dr Erna Nadia, sentiasa kekalkan kebersihan seperti biasa, cuci tangan dan sebagainya serta paling utama elakkan membawa anak ke keluar jika sakit. Tidak hanya kanak-kanak, kini Influenza mula menyerang orang dewasa. Perlu tambah berhati-hati.
Apa itu Influenza A yang begitu ditakuti? Ini yang dikongsikan oleh beliau.
INFLUENZA A
Nak kongsi sikit tentang influenza A yang tengah sakan sekarang ni. Ok, apa benda influenza A ni?
Ianya adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain melalui cecair di udara ( melalui batuk, selesema) yang disebabkan oleh sejenis kuman virus yang bernama influenza.
Influenza ini ada 4 jenis : A,B,C,D. Dan yang paling serius jangkitannya adalah jenis A.
Ianya bukan sahaja boleh menjangkiti manusia, tetapi juga boleh menjangkiti haiwan seperti burung dan khinzir. Tempoh jangkitan adalah 7-21 hari. Jadi, bertabahlah jika dijangkiti.
Saya senaraikan tanda tanda dan rawatan di dalam gambar di bawah ok. (Tulis dalam gambar macam lebih mudah diingati, kan?)
Nasihat saya adalah jika anda atau anak anda atau keluarga anda ada yang sedang demam, batuk, selesema yada yada yada, berehatlah di rumah sahaja. Jangan keluar ke mana mana kerana anda boleh menyebabkan orang lain terjangkit sama atau jangkitan anda akan menjadi semakin teruk.
Jika suhu badan melebihi 38 darjah selsius, tolong ke klinik atau hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul. Ianya penting samada untuk tengok anda dijangkiti kuman virus atau bakteria.
Dengan cuaca sekarang yang agak sejuk dan lembab, banyak kuman bersuka ria di udara persekitaran kita.
Influenza pun bermaharajalela, denggi pun berkenduri sama dan radang paru paru pun nak turut serta. Jangan biarkan dah melarat baru nak berjumpa doktor ok.
* Rehat di rumah.
* Minum air masak banyak banyak.
* Makan makanan yang tidak terlalu berat.
* Tukar cadar, langsir, tuala dan kain yang terdedah kepada virus.
* Amalkan buah dan sayur sayuran secukupnya.
* Dan dapatkan vaksin influenza apabila sudah sembuh nanti.
Adakah supplemen yang boleh merawat influenza?
Tidak ada.
Sebab rawatannya adalah berdasarkan simptom sahaja. Kalau nak makan vitamin C, silakan tapi dapatkan di farmasi berdaftar sahaja bukan dibeli online.
Elok lagi ambil natural produk yang mengandungi tinggi vitamin c seperti buah orange, kiwi, buah naga. Ingat satu sahaja, sakit itu penghapus dosa.
Dapatkan Cool Fever di sini.
Nota kaki : Jaga diri & kesihatan. Nak tahu tentang kesihatan, tanya ahli kesihatan yang beretika bukan yang jual produk buatan sendiri.
Dr. Erna Nadia
Jika anak anak tidak sihat atau anda sendiri tidak sihat, please jangan keluar jalan merata rata, jangan sebarkan virus dan hentikan penyakit ‘ishh takde apeee’ ‘ishh demam biasa ni’ ish itu ish ini, ishq kia hua?(tiber)
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source