Ditanya bila nak keluarkan lagu lagi, Cik B akui diri tak berbakat menyanyi
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Cik B akui diri tak berbakat dalam nyanyian apabila ada yang bertanya di Instagram bilakah dia mahu mengeluarkan lagu baru lagi.
Cik B akui diri tak berbakat, ada lagi yang lebih layak
Anak kepada usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida ini menyatakan ramai lagi yang lebih layak di dalam industri berbanding dirinya sewaktu membuat soal jawab di ruangan Insta Story.
“Ramai lagi orang berbakat dalam industri yang patut kita ketengahkan. Cik B tak berbakat sangat,” tulisnya ringkas.
Cik B akui diri tak berbakat, ramai yang perlu diketenghkan dalam industri
Dalam pada itu, dia turut menyertakan sekali gambar kerea jenis G Wagon Brabus yang baru sahaja dibeli sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-19.
Artikel lain: Berkat doa ibu, Cik B syukur beli G Wagon Brabus G63 sempena ‘birthday’ ke-19
Terdahulu, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin pernah mengeluarkan ‘single’ berjudul Tolonglah sekitar tahun 2020.
Difahamkan, lagu tersebut mempunyai banyak hubung kait dengan kehidupannya yang melalui pelbagai pengalaman walaupun masih lagi belasan tahun.
Menerusi perkongsian di saluran YouTube Seventeen Eleven Music, lagu Tolonglah itu telah ditonton lebih lima juta viewers sejak dimuat naik sekitar tiga tahun lalu.
Cik B yang pernah membintangi beberapa drama bersiri di televisyen dilihat lebih fokus kepada perniagaan makanan miliknya dan kerap berkongsi konten-konten di media sosial bersama ibu tersayang bagi mempromosikan produk keluaran syarikat mereka.
Sumber: Instagram cikb_havoc
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source