Nabil Zamanhuri kerap sakit perut sejak 3 bulan, ibu ralat tak paksa anak ke hospital
Bekas pelakon dan penyanyi, Nabil Zamanhuri kerap sakit perut sejak 3 bulan lalu apabila kerap terhenti makan kerana sakit perut lebih-lebih lagi sewaktu bulan puasa tempoh hari.
Anggap sakit perut gastrik saja
Perkara itu didedahkan ibu allahyarham iaitu Fatimah Abdullah di media sosial apabila menyatakan yang dia menyedari pNabil Zamanhuri kerap sakit sejak beberapa bulan yang lalu.
“Umi senentiasa risau kerana keadaan Nabil sudah agak berlarutan juga. Its started 3 months ago. Memang ianya bunyi tak serius bila kita anggap ianya seolah sakit perut biasa tetapi ianya sudah memberi signal bahawa ada yang tak kena.
Setiap kali kita pergi berbuka puasa bersama atau makan malam bersama, I can see that you stop eating dengan tiba-tiba kerana rasa pedih di perut. Adakala dianggap gastrik atau senak perut, angin dan kekadang purging,” tulisnya.
@timbigpix Assalammualaikum Nabil, anak Umi sorang. Umi nak minta maaf kerana tidak teruskan hasrat Umi untuk bawa Nabil ke hospital setiap kali Umi nampak Nabil gosok perut Nabil dan hilang selera makan. Umi senentiasa risau kerana keadaan Nabil sudah agak berlarutan juga. Its started 3 months ago. Memang ianya bunyi tak serius bila kita anggap ianya seolah sakit perut biasa tetapi ianya sudah memberi signal bahawa ada yang tak kena. Setiap kali kita pergi berbuka puasa bersama atau makan malam bersama, I can see that you stop eating dengan tiba-tiba kerana rasa pedih di perut. Adakala dianggap gastrik atau senak perut, angin dan kekadang purging. Berkali-kali Umi minta Nabil ke hospital tapi Nabil anggap ianya sakit biasa biasa saja. Jika Nabil ni maseh anak kecil Umi, I would have dragged you to hospital and buat check up hingga puas hati. Ingatlah jika sakit yang kita anggap ringan tapi berlarutan ianya sudah memberi signal pada kita supaya jangan ambil ringan. Apa pun Umi faham you just do not want to susahkan Umi 😔 Umi terasa ralat sebab tidak paksa Nabil buat pemeriksaan medikal sebab kita take for granted kita maseh muda. I know you did your best to take care of everyone around you but please my dear son, never put yourself behind. Without you our life is not going to be the same anymore. I only have 3 of you….😢 Umi ingat Nabil yang akan mandikan dan solat jenazah Umi dan Ayah terdahulu tapi Allah lebih sayangkan Nabil. Rehatlah anak ku, Umi akan senentiasa berdoa agar Nabil bahagia dan tenang di samping Nenek, Tokyah dan semua yang telah mendahului kita dan kita akan disatukan di syurga Allah. Aamiin Aamiin Yrb Alamin AL-FATIHAH 😢
Nabil Zamanhuri kerap sakit perut, ibu minta maaf tak teruskan hasrat bawa pergi pemeriksaan
Dalam pada itu, Fatimah yang turut berkongsi gambar pusara arwah juga memohon maaf kerana tidak meneruskan hasrat membawa Nabil ke hospital setiap kali melihat anaknya menggosok perut kerana menahan sakit.
“Assalammualaikum Nabil, anak Umi sorang. Umi nak minta maaf kerana tidak teruskan hasrat Umi untuk bawa Nabil ke hospital setiap kali Umi nampak Nabil gosok perut Nabil dan hilang selera makan,” ujarnya.
Nabil Zamanhuri kerap sakit perut, ibu ralat tak paksa pergi hospital
Tambahnya, dia berasa ralat kerana tidak memaksa anaknya itu melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital dan hanya menganggap Nabil Zamanhuri kerap sakit perut satu perkara biasa.
Umi terasa ralat sebab tidak paksa Nabil buat pemeriksaan medikal sebab kita take for granted kita maseh muda.
I know you did your best to take care of everyone around you but please my dear son, never put yourself behind. Without you our life is not going to be the same anymore. I only have 3 of you….” katanya.
Artikel lain: Ibu Nabil Zamanhuri sahkan anak meninggal dunia akibat serangan jantung
“Umi ingat Nabil yang akan mandikan dan solat jenazah Umi dan Ayah”
Luahan yang dibuat oleh Fatimah sememangnya cukup menyebakkan kerana tahu bagaimana sakitnya kehilangan seorang anak lelaki yang amat disayang.
Dia juga mengakui sedih kerana menyangka allahyarhamlah yang akan berdiri melakukan solat untuk jenazahnya serta suami, ternyata Nabil yang pergi terlebih dahulu berbanding mereka.
“Umi ingat Nabil yang akan mandikan dan solat jenazah Umi dan Ayah terdahulu tapi Allah lebih sayangkan Nabil. Rehatlah anak ku, Umi akan senentiasa berdoa agar Nabil bahagia dan tenang di samping Nenek, Tokyah dan semua yang telah mendahului kita dan kita akan disatukan di syurga Allah,” katanya lagi.
Untuk rekod, allahyarham Nabil atau nama sebenarnya, Nabil Zafirl Zamanhuri, 37, telah meninggal dunia pada 26 Mei 2024 disebabkan masalah jantung.
Hasil bedah siasat keatas jenazah, allahyarham dikatakan mengalami tekanan sehingga stres dan tidak menjaga permakanan sehingga memberi kesan kepada kehidupannya.
Pemergian allahyarham turut meninggalkan seorang balu Adelia Citra Hapsari serta dua orang cahaya mata, Aluna Calista, 7, dan Stara, 3.
Sumber: TikTok timbigpix
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source