Raja Ilya umum hamil anak kedua, usia kandungan kini cecah 5 bulan
Pelakon Raja Ilya berkongsi khabar gembira sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah memasuki lima bulan.
Menurut laporan mStar, Ilya atau nama sebenarnya Raja Rumilah Begum Raja Mohammad yang menyedari kehamilannya itu sejak Januari lalu lagi menunggu masa sesuai untuk umumkan perkara tersebut kepada orang ramai.
Raja Ilya
Artikel lain: Murah rezeki! Ayu Raudhah hamil lagi, bakal timang anak ke-7
“Keluarga dan rakan-rakan terdekat sudah tahu. Cuma saya dan suami ambil masa untuk umumkan secara terbuka. Bukannnya nak sorok tetapi rasanya tiada masa sesuai memandangkan situasi yang berlaku di Palestin sekarang.
“Iyalah, rasanya macam tidak seronok nak berkongsi berita gembira sedangkan keadaan di sana (Palestin) sedang bergolak.
“Namun selepas lima bulan, saya dan suami berbincang untuk maklumkan secara terbuka. Perut pun dah tak boleh nak sorok, takut nanti ada yang berkecil hati jika tak kongsi berita ini,” katanya.
Raja Ilya
Difahamkan juga, khabar gembira itu turut dimaklumkan di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Kongsi aktres yang berusia 39 tahun itu lagi, dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk dan akui kehamilan kedua ini lebih mudah berbanding anak pertama.
“Trimester pertama ada juga rasa letih dan selalu muntah. Tetapi sekarang semuanya seperti biasa. Malah saya rasa lebih bertenaga nak buat kerja rumah dan memandu.
“Berbanding anak pertama dahulu, kali ini lebih mudah. Sebelum ini emosi tidak stabil,” ujarnya.
Sementara itu, Ilya memberitahu dia berkesempatan meraikan Hari Raya bersama keluarga di Perak meskipun hadapi dugaan semasa pulang ke tanah air.
“Saya rancang nak raya di sini (Australia) sahaja sebab usia kandungan masih awal. Tetapi suami paksa balik juga. Syukur semuanya selamat dan raya tahun ini sangat meriah.
“Cuma berdepan sedikit situasi cemas ketika kami kena scam oleh pengusaha hotel di KL. Mungkin disebabkan terlalu tertekan saya rasa perut kempis dan seperti kandungan sudah tiada.
“Kami terus lakukan pemeriksaan di klinik dan doktor maklumkan bayi dalam kandungan tiada sebarang masalah,” ceritanya.
Sekadar info, Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 di Australia dan kini mempunyai seorang anak perempuan bernama Talita Love, 2.
Sumber: mStar (Farol Hadi)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source