Ain Edruce tak terasa suami dilabel ‘muka selenga’ -“Sebab muka itulah saya jatuh cinta…”
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce tak terasa apabila suaminya, Amirul Hafiz dilabel muka selenga hanya kerana konten-konten yang dikongsikan di media sosial.
Buat konten bukan untuk sedapkan hati sesiapa
Memetik laporan dari Astro Gempak, selebriti itu menjawab luahan yang dibuat sesetengah netizen dimana mengatakan sudah muak melihat Ain menggunakan suaminya sebagai konten di media sosial.
“Sebenarnya Ain buat content dengan suami Ain ni semua bukannya untuk sedapkan hati atau buat orang ramai suka dekat Ain.
“Ain sebenarnya buat konten dengan suami sebagai kenangan, kalau kita simpan dalam telefon berbulan-bulan, kita tak akan tengok balik konten-konten yang kita buat dengan suami.
“Jadi Ain simpan dalam Ain punya TikTok, jadi konten tu Ain akan sentiasa buat, terpulang dekat orang kalau nak tengok ke tak, Ain tak suruh pun mereka tengok,” ujarnya.
Artikel lain: Individu muak lihat konten Ain Edruce & suami, netizen minta ‘scroll’ laju2 jika tak suka
Ain Edruce tak terasa orang kata suami muka selenga
Jelasnya lagi, wajah tanpa perasaan yang sering ditunjukkan Amirul di konten-konten mereka itu adalah ‘punca’ mengapa dia jatuh cinta dengan usahawan terbabit dan mengakui tidak terasa jika ada pihak melabel suaminya sebagai ‘muka selenga’.
“Perasaan Ain tak adalah marah ataupun gembira. Tak ada rasa apa-apa sangat, sebab Ain dah kenal Mirul (suami) dan kahwin dengan dia dah nak masuk lima tahun dah.
“Muka tu memang dah lama Ain tengok, sebelum bercinta pun memang muka tu, selepas bercinta, selepas berkahwin pun muka tu.
“Jadi bila orang kata muka dia macam tu tak ada rasa apa-apa. Untuk pengetahuan orang ramai, sebab muka itu lah saya jatuh cinta dengan dia,” kongsinya.
Ain Edruce tak terasa, lebih kenal siapa suami
Terdahulu, ada pihak meluahkan rasa muak menonton konten-konten pengacara Melodi itu dengan suaminya kerana melihat reaksi lelaki itu yang dianggap kelakar oleh sesetengah peminat.
Walau bagaimanapun, ramai yang membela Ain dengan menyatakan individu terbabit mempunyai pilihan untuk tidak menonton dan mengabaikan sahaja konten yang dikongsi selebriti terbabit tanpa perlu menyuarakan rasa tidak selesanya kepada umum.
Untuk rekod, Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 33 telah mendirikan rumah tangga dengan Amirul Hafiz pada September 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Soraya.
Sumber: Astro Gempak (Muhammad Firdaus)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source