Faktor ketinggian, Thanuja lebih tertarik dengan jejaka London berbanding lelaki tempatan
Pelakon dan model, Thanuja Ananthan akui faktor ketinggiannya membuatkan dia sukar untuk bercinta dengan jejaka Malaysia.
Menurut laporan HibGlam, model yang berusia 39 tahun itu berkata dia sangat menitikberatkan soal persefahaman dan nafi bukan seorang wanita memilih.
Thanuja lebih tertarik dengan jejaka London
Artikel lain: Meerqeen kongsi kriteria wanita idaman -“Tinggi, kelakar & tak pakai make up..”
“Saya sukar untuk dating (bercinta) dengan lelaki dekat sini (Malaysia) sebab mereka tidak berani. Saya terlalu tinggi. Sebenarnya saya tidak memilih, saya okey sahaja asalkan value dan mentaliti kami sama,” jelas Thanuja.
Ujar bekas Miss World Malaysia 2009 yang berketinggian 183 sentimeter (sm) itu lagi, dia kini bahagia menjalin hubungan istimewa dengan jejaka berasal dari London.
Jelasnya, dia sudah berkenalan dengan teman lelakinya itu sejak lapan bulan lalu dan mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Thanuja lebih tertarik dengan jejaka London
“Ya, saya ada seorang yang istimewa dalam hidup saya sekarang ini. Saya sedang mengenali dia. Saya sangat gembira dan kita lihat nanti bagaimana perjalanan hubungan dalam tempoh setahun dua ini.
“Kami berkenalan sejak lapan bulan yang lalu dan dia berasal daripada London. Saya kenal dia melalui kawan-kawan. Kami ada perancangan untuk masa hadapan (berkahwin),” katanya.
Model anak kelahiran Kuala Lumpur itu turut mendedahkan lelaki tersebut lapan tahun lebih tua daripadanya dan memenuhi ciri-ciri pasangan hidup yang diidamkan.
“Saya suka dia sebab dia faham kerja dan diri saya. Pada masa yang sama, dia sangat memberi sokongan dan seorang pencinta haiwan seperti saya.
“Saya seorang yang berfikiran terbuka danlantang bersuara. Bukan semua orang boleh terima wanita seperti saya,” ujarnya lagi.
Sumber: HibGlam (Haryati Karim)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source