Bekas isteri dedah Cliff Umar culas bayar nafkah anak
Bekas isteri penyanyi Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah luah rasa kecewa apabila Cliff yang masih mampu membeli ‘barang terlarang’ menolak semua tuntutan nafkah untuk anak-anak atas alasan sebab tidak mampu.
Menurut laporan Berita Harian, Zurini berkata dia hanya membuat tuntutan pada kadar sangat rendah kerana memahami situasi yang dialami oleh bekas suaminya itu.
Bekas isteri dedah
Artikel lain: Cliff Umar mengaku miliki heroin, dijatuhi hukuman penjara sehingga 5 tahun
“Peguam saya pun terkejut. Daripada tuntutan sebanyak RM500,000 ke atas, sekarang sudah makin rendah kerana tuntutan lain saya ketepikan sebab tengok keadaannya.
“Saya minta nafkah anak, mutaah dengan edah sahaja. Namun, itu pun Cliff tak nak bagi kerjasama. Peguam beritahu ini rundingan paling mudah sebab biasanya orang akan tuntut habis, tapi saya sebaliknya.
“Saya minta yang penting sahaja. Itu pun secara ansuran dan bila mampu, bukannya mendadak. Macam biasalah, Cliff kata kerja tak menentu dan tak mampu, tapi macam mana boleh miliki dadah yang mahal harganya?” katanya.
Tambah Zurini yang sudah ‘move on’ dari kisah lampau, dia bersyukur diberi peluang menggalas jawatan sebagai penyelia di sebuah hotel terkemuka di Kuching, Sarawak yang secara tidak langsung dapat menampung keperluan keluarganya.
Bekas isteri dedah
“Anak-anak sudah pandai jaga diri sendiri di rumah. Walaupun gaji saya separuh daripada apa yang saya perlukan untuk sara mereka, tapi saya bersyukur sebab sudah ada kerja.
“Sejak bekerja macam-macam rezeki masuk. Saya ditawarkan kerja di tempat lain dengan pangkat dan gaji lebih tinggi, tapi saya kena fikir panjang kerana nak pindah rumah kena pakai duit banyak.
“Saya pun baru empat bulan kerja. Bagi saya, semuanya baik-baik sahaja kerana saya sukakan kerja ini,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Cliff mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan memiliki heroin, baru-baru ini.
Dia didakwa memiliki heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini pada jam 3.30 petang, 26 Mei lalu.
Sekadar info, Cliff mendirikan rumah tangga dengan Zurini pada 2008 namun, berpisah pada 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Berita Harian (Ridzuan Abdul Rahman)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source